Thursday, April 9, 2009

wanita yang tinggi kedudukannya..

Wahai wanita muslimah yang jujur,wanita muslimah yang taat,wanita mukminah yang taat,jadilah seperti pohon kurma,yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan.
Bila dilempar dengan batu, ia menggugurkan buahnya, sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun di musim panas, lagi banyak manfaatnya.
Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat menjaga rasa malu.
Ucapanmu adalah zikir,cara memandangmu adalah menarik pelajaran,dan diammu adalah berfikir.
Manakala keadaanya sudah demikian,nescaya anda akan merasa bahagia dan senang.
Selanjutnya, akan digelarkanlah bagi anda rasa simpati penduduk bumi kepada anda dan anda akan di hujani oleh pujian yang baik dan doa yang tulus dari semua makhluk.
Allah akan menyingkapkan semua awan kesengsaraan yang selama ini menaung anda,menghilangkan rasa takut yang menghantui anda,dan menyingkirkan kekeruhan yang bertindih...

wanita

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Monday, April 6, 2009

Selamatkan Palestin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hadis

Sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan: daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan, menjaga kehormatan dan taat pada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai...." (hadis riwayat Ahmad)

wanita


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini