Panggilan telefon petang itu betul-betul terjadi.. bukannya mimpi.. Kesannya hingga ke hari ini.. “mak jatuh dalam bilik air” Itulah intipati yg diucapkan oleh kakakku..
Aku bergegas keluar dari pejabat untuk pulang. Kebetulan hari itu pula aku tak memandu ke pejabat kerana pagi dah agak terlewat. Suamiku yang menghantar supaya jimat masa aku untuk parking dek kerana terlewat tadi.. Makanya pulang petang itu juga perlu dijemput suami.
Sambil menunggu di lobi bawah hati aku memang tak tenteram.. Suami telah ku maklumkan sedari tadi tapi aku akur masa untuk dia menyeberang dari tanah besar ke pulau menjemputku bukan singkat. Hati berbelah bagi .. perlukah aku risau yang terlampau?? Terukkah keadaan mak atau sekadar jatuh biasa sahaja?? Aku telefon kakak dan abang yang lain untuk memaklumkan apa yang berlaku. Masih lagi ada masa terluang..suami belum tiba jua. Lama sungguh kurasakan tibanya suamiku dari tanah besar. Tiba-tiba terdetik di hati apa kata aku telefon mak sendiri di kampong, sekurang-kurangnya aku tahu keadaan sebenar mak. Mak jawab telefon seolah-olah tak ada apa yang berlaku.. Aku terkejut besar tatkala mendengar suaranya di corong sebelah sana. “mak rasa kaki mak ni patah sebab mak tak boleh bergerak langsung” itu yang ku ingat. Serta merta aku suruh dia meletakkan telefon. Biar ku dapatkan kepastian daripada kakak iparku yang juga seorang jururawat.. Betul kah mak patah ?? Dia juga seperti aku yang sah-sah bukan seorang jururawat. Tidak salah jika seorang jururawat tidak dapat membuat kesimpulan hanya berdasarkan keterangan mengenai kejadian tanpa melihat dengan mata kepalanya sendiri.. hampa. Sempat juga aku menelefon suami lagi.. “takkan mak patah.. kalau patah sakitnya yang amat sangat” itu respon suami yang melegakan aku sedikit sahaja.
Setibanya suamiku kami terus bergegas memandu lebih 100 kilometer ke bahagian kecemasan hospital. Di sana bapa dan dua orang kakakku sudah menunggu. Sempat kami berbual seketika menantikan mak yang masih diperiksa dan khabarnya sedang di x-ray. Seketika kemudian kami dibenarkan masuk melihat mak tapi hanya seorang pada satu masa sebab mak masih lagi di wad kecemasan. Aku lihat dari jauh mak terbaring tenang. Masih mampu berbual dan bercerita bagaimana dia terjatuh. Rupa-rupanya mak jatuh di dalam bilik air tengahari dan terus tak boleh bangun dan bergerak. Tak ada sesiapa di rumah kecuali dia dan bapaku. Bapaku pula ketika itu sedang tidur.. jenuh mak memanggil .. hampir sejam dia terduduk di dalam bilik air tanpa boleh bergerak langsung menunggu bapa sedar dari tidurnya yang lena sungguh tengah hari itu. Akhirnya bapa bangun juga untuk berwuduk barulah disedari isterinya ditimpa malang lalu bergegas memaklumkan kepada kakakku. Ambulan terpaksa dipanggil kerana mak tidak boleh bergerak langsung kesakitan.. kasihan mak..
Seketika kemudian kami dimaklumkan memang mak mengalami patah tulang pinggul. Perasaan ku sukar untuk digambarkan tatkala mendengar berita itu. Sah.. mak memang patah.. kasihan mak .. hanya kasihan yang aku mampu .. Mak perlu dibedah untuk menggantikan tulang yang patah dengan “tulang besi” ciptaan manusia tapi segalanya bergantung kepada kestabilan mak. Tekanan darahnnya, jantungnya, paru-parunya.. ditambah pula dengan faktor umur mak yang sudah lanjut 74 tahun segalanya agak membimbangkan. Hanya doa yang mengiringi..
Pembedahan dijadualkan 7 hari lagi.. lamanya kurasakan tempoh itu. Seksa aku melihat kaki mak diikat dan digantung dengan pemberat daripada botol air 15 paun untuk mengurangkan sakitnya. Perlukah di usia emasnya mak menanggung kesakitan yang begini tapi sebagai seorang muslim aku akur dan redha ketentuan Ilahi.. Pasti ada hikmahnya disebalik keperitan ini. Mungkin Dia nak menyuci dosa mak kerana apabila Dia menurunkan sakit dan kita redha kepadanya maka diampunkan dosa-dosa.. Kami dimaklumkan bahawa kebenaran untuk pembedahan ini dikategorikan sebagai “high risk consent” atau berisiko tinggi disebabkan faktor usia mak yang dah lanjut ditambah pula keadaan jantungnya yang sedikit lemah. Aku tak pasti sejak bila mak mula ada masalah jantung tapi menurut doktor bacaan jantung mak rendah daripada orang biasa. Mungkin organ 74 tahun sudah mula menampakkan tanda-tandanya..
Hari berganti hari.. Menanti hari pembedahan sambil berdoa semuanya berjalan lancar. Paling penting keadaan mak sendiri. Akhirnya hari yang dinanti tiba juga dalam kepayahan mengharungi hari-hari sebelumnya. Paling terasa setiap kali muka mak berkerut menahan kesakitan. Mak yang aku kenal bukanlah orang yang mudah mengadu sakit tapi apabila jelas kerutan di wajahnya aku pasti dia sedang menahan sakit yang teramat sangat. Sabar mak, bacalah apa-apa doa yang mak teringat atau terlintas di kepala.. semoga sakit ini membawa keberkatan kepada mak.
Malam sebelum pembedahan mak tak tidur lena asyik beralih membetulkan kedudukannya. Mungkin resah, mungkin risau. Aku yang menemankan mak malam itu juga tak tidur lena sebenarnya hanya mataku yang pejam tapi fikiran sesekali menerawang entah ke mana. Bermacam perkara yang aku fikirkan.. Jika diletak diriku di tempat mak belum tentu aku sanggup menghadapi dugaaan ini setabah hati tua mak. Mungkin aku akan meraung kesakitan setiap kali jururawat membetulkan kedudukan kaki yang mengalami patah pinggang .. tak seperti mak yang hanya mengerutkan wajah dan merintih perlahan. Malam itu sesekali mak memanggil minta itu ini..
Akhirnya pagi keramat itu tiba juga.. Jururawat menyiapkan mak untuk pembedahan seawal jam 6 pagi. Gigi palsu mak ditanggalkan. Terserlah ketuaan wajah seorang mak yang sudah puas melalui liku-liku kehidupan dunia, pelbagai onak duri kesengsaraan. Ketika bantal yang menjadi pelapik kakinya selama ini ditarik keluar dan diganti dengan pelapik pembedahan mak merintih kesakitan. Aku hanya mampu duduk di satu sudut memegang buku pilihan doa-doa yang menjadi temanku semenjak mak dimasukkan ke hospital dan membaca apa yang termampu. Semoga mak mendapat fadilatnya, semoga mak dikurangkan sakitnya, semoga mak selamat menjalani pembedahan berisiko tinggi ini, semoga mak masih ada bersama kami selepas ini, semoga kami masih boleh membalas jasa mak.. semoga itu semoga ini… Ya Allah hanya kepada Mu kami serahkan.. sayup-sayup aku masih dengar suara mak merintih sakit sambil sesekali dia bersuara bertanyakan berapa lama kah lagi sebelum tiba masa pembedahan. Mungkin kesakitan yang dialami mengatasi ketakutan menjalani pembedahan. Ketika mak disorong ke bilik pembedahan, aku cuba sedaya upaya menahan air mata tapi ia mengalir jua. Hanya doa mengiringi mak.
Penantian kira-kira 5 jam berakhir jua. Mak disorong keluar dalam keadaan separuh sedar.. ubat bius masih ada. Mak.. kasihan mak.. Hanya satu perkataan yang aku pasti mak sebut.. “sakittt”. Sabar mak, zikir, baca apa-apa doa yang mak teringat.. Sakit ini dari Allah, Dia yang akan menyembuhkan.. Aku difahamkan mak boleh mengawal kesakitannya kerana masih dalam ubat bius. Hanya doa yang ku panjatkan. Malam tu aku terpaksa balik kerana perlu bekerja keesokan harinya. Mak aku tinggalkan dalam jagaan kakak iparku. Dialah yang terbaik untuk menjaga mak dalam keadaan ini kerana bidang kerjayanya bakal memudahkan segala. Terima kasih kami ucapkan, jasa dan budimu akan kami kenang. Keesokan harinya, ketika aku menelefon bertanyakan khabar mak, dari corong sebelah sana telefon aku dapat berita mak mengalami sakit yang teramat sangat, ubat biusnya sudah hilang kesan, mak menggelupur kesakitan, meracau-racau tidak tentu arah, membaling bajunya dan pelbagai tindakan pelik yang hanya mendefinisikan satu perkataan .. sakit !!!!! Hanya jasad ku berada jauh lebih 100 kilometer daripada mak tapi jiwaku merasa sakitnya mak..
Kedaan mak selepas pembedahan lebih baik daripada sebelum pembedahan dari satu segi. Patah tulang pinggulnya telah dirawati, telah diganti dengan ‘tulang besi’. Hebat sungguh teknologi ciptaan manusia. Tulang ciptaan Allah mampu digantikan.. aku akur hanya dengan izin Mu ya Allah semua ini mampu direalisasikan. Kami hanyalah beraksi di pentas sementara Mu ini juga dengan izin Mu..saksikanlah lakonan kami ya Allah selama yang Kau tetapkan untuk kami beraksi..
Hari ni sudah 15 hari berlalu.. mak bukan lagi mak yang dulu yang cergas ke sana kemari, buat itu, buat ini.. mengemas laman, mencabut rumput-rumput liar di laman, mengawasi kesegaran pokok-pokok bunganya dalam pasu yang tersusun kemas di sekitar laman, memanjat tangga atau paling tidak bangku mengelap tingkap cermin yang berhabuk, mak yang tak pernah ketinggalan ke surau setiap malam untuk berjemaah, ke sana sini bergerak aktif dan itu dan ini dan itu dan ini.. Mak kini hanya terbaring lesu, tidak mampu bergerak sendiri. Kaki mak sebelah belakang paha yang dibedah sakit sungguh nampaknya. Kencing berak mak bukan lagi sendiri, kencing berak mak kini dibantu dan hanya di dalam besen yang diletakkan di atas kerusi rodanya. Mak kini kencing dan berak di kerusi roda?? Pelik bunyinya untuk seorang mak yang aku kenal. Tapi inilah ketentuan Ilahi. Nasib mak setakat ini. Apakah nasib kita, nasib aku ??? Tak tahu lagi tapi inilah nasib mak di usianya 74 tahun. Aku lihat mak seperti patah semangat, semangat jiwa kentalnya seperti direnggut. Mak fikir jauh agaknya.. Mungkin mak membayangkan dia takkan mampu berjalan lagi sampai bila-bila. Itu yang mungkin menghilangkan selera makan mak sehingga setiap kali makan hanya 2 sudu. Mak, itulah juga persoalan yang bersarang dalam hatiku tapi hanya doa yang aku termampu..semua ini kerja Dia..
Anak-anak mak yang ramai ni dah mula meluahkan reaksi masing-masing dengan perkembangan mak. “mak tak ada inisiatif diri nak bangun dan berlatih sendiri, hanya harapkan bantuan orang sahaja” “kalau macam ni sampai bila pun tak boleh berjalan” “asyik berbaring saja, berjalan tak mahu langsung” kalaulah mak tahu.. kalaulah mak dengar tentu mak sedih. Perut mak tidak saja-saja memboyot sembilan kali untuk melahirkan insan yang melahirkan kata-kata seperti ini. Aku juga bukanlah malaikat yang sempurna, suci daripada sebarang dosa, aku hanyalah insan biasa yang di benak hatiku sesekali terdetik juga persoalan adakah benarkah kata-kata itu?? Benarkah mak tak berinisiatif ?? Atau wahai anak-anakku, emak mu ini memang tidak mampu walaupun hanya untuk menggerakkkan kaki. Aku jadi insaf bila mengenangkan mak yang tak pernah memijak tangga sekolah dek kerana kemiskinan mana kan faham perkataan inisiatif. Berat perkataan ini untuk dilemparkan kepada mak rasanya. Lantas terserlah lah kebenaran kata pujangga “seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu mampu mejaga seorang ibu” Alhamdulillah .. Tuhan beri peluang kepadaku untuk melihat semua ini didepan mata, bukan sekadar mendengar atau terbaca di mana-mana. Di manakah peranan aku ?? Mak, maafkan aku, aku teralpa dengan hukum dunia.. lakonan dunia.. cerita kerjayaku yang kehabisan cuti tahunan. Itulah alasanku mak mengapa aku tak dapat mengambil cuti untuk menjaga mak. Tapi mak, insyallah aku akan balik setiap minggu untuk menjaga mak, menguruskan sedaya yang aku mampu. Maafkan aku mak, aku terikat dengan peraturan dunia.
Di saat ini di ketika ini aku masih memikirkan tentang mak, mak, mak, dan mak. Ya Allah hanya pada Mu kupanjatkan doa.. Adakah apa yang Engkau bentang dan hidangkan kepada kami ini satu lautan pahala untuk kami kaut ya Allah.. Adakah Engkau sedang memberkati kami dengan peluang membalas jasa seorang ibu ya Allah ?? Ya Allah adakah Engkau sedang meletakkan kami di persimpangan pahala dan dosa di mana Engkau tinggaIkan kami untuk memilih simpang sendiri ?? Ya Allah … gerunnya aku dengan ujian Mu. Luluskanlah aku Ya Allah..
Kalau menikut kata doktor pesakit kes macam mak selepas tiga hari sudah mampu berjalan.. memang tidak seperti sebelum dia jatuh sakit tapi sudah sepatutnya mampu berdiri dan berjalan sendiri menggunakan tongkat. Kesakitan memang tak boleh dielakkan tapi untuk kebaikan jangka masa panjang sebelum urat dan otot menjadi keras sehingga lebih menyukarkan keadaan, lebih baiklah mak sakit sekarang daripada mak langsung tak boleh bergerak nanti.. Mak sebenarnya boleh.. Memang perkataan sakit tak pernah lekang dari bibir tua mak tapi mak juga memberikan kerjasama yang baik apabila diajak melakukan pergerakan seperti bangun berjalan, duduk, menggerakkan kaki, jari jemari kaki bagi memastikan pengaliran darah dan mengecas kembali organ-organnya yang dah berehat melebihi dua minggu ini.
Walaupun di malam hari nya akan kedengaran rungutan mak mengenai kesakitan yang dia perlu tanggung kerana anak-anak yang menyuruh dia melakukan aktiviti itu ini. Kerana anak inilah aku aku sakit urat belikat, kerana anak itulah aku sakit kaki, anak sinunlah yang suruh aku duduk atas kerusi roda dan itulah dan inilah.. Mak hari ini bukan mak yang biasa. Segalanya serba tak kena, semuanya serba tak betul. Ya Allah, inikah dugaan Mu kepada kami ?? Patutkah aku ikut kata amarahku dengan karenah mak dengan menganggap mak ini mak yang biasa yang dah aku kenali sepanjang hidup aku yang tiba-tiba berubah perangainya atau mak ini mak yang lain, mak yang patah hatinya, patah semangatnya, luruh kentalnya.. Ya Allah pandulah aku agar pahala yang Kau bentangkan tidak aku mengutip dosa darinya.
Jauh di sudut hatiku aku menadah tangan kepada Yang Maha Esa.. Ya Allah aku redha dengan dugaan yang Engkau berikan ini tapi aku memohon kepadamu Ya Allah, kuatkanlah hatiku menempuhnya.. sembuhkanlah ibuku, hilangkanlah sakitnya, pulihkanlah dia seperti biasa, berikanlah aku kesempatan untuk bersamanya lagi dan membalas jasanya… berilah kegembiraan dan sejahtera kepadanya amin amin ya rabbal alamin…..
Tuesday, April 6, 2010
Sun, 06 Dec 2009 16:33:44 -0800
Oleh: Ust Zaharuddin Hj Abd Rahman
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul
junjugan Nabi Muhammad SAW, pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah
sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita
baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW,
para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut
jalan kebenaran Islam.
Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.
Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil
berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan
yang ingin menambah maklumat, bagaimanapun penulisan ini dibuat dalam bentuk
ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk
artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan
‘mawqif’(pendirian) Islam terhadap kontrak yang kian polpular di kalangan
msyrkt hari ini.
RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT
1. Takrif Kad Kredit
Menurut Kamus Oxford : “ Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau
mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk
memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)”
‘Hutang’ dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi “Iaitu urusan
pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya),
yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di
atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)”
Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam
Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : “Satu bentuk penyata
sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada
mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua
belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau
khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi,
tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan
pembayaran dari pihak pengeluar.”
2. Jenis Kad Kredit
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah
seperti berikut :
a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya
setiap bulan. Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
Antara cirinya yang terpenting :-
1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @
Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua
Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-hutangnya
hasil penggunaan kad.
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati
seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin
tangguh jangka pendek’ yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian
dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang
akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang
telah digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang
ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah
ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan
dibaung dari keahlian dan sebagiinya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali
sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.
b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa
Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.
• Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma
terdapat beberapa perbezaan utama.
• Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya
setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan,
TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala
bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin
yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan
mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.
• Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh
berbelanja sbanyak mana yang disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil
dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dengan dikenakan
peratusan faedah.
• Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di
mana2 sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
• Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.
Ciri ringkas Kad Kredit:-
Antara ciri utama yang berkaitan dengan wujudnya Riba dalam kad ini adalah :-

TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARIPADA BIL. Manakala

• Kad ini mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna pemegang hanya boleh
berbelanja sebanyak mana yang disukainya selagi mana di dalam kadar maksimum
yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil (sekitar 5 %
sahaja), manakala jika bakinya di tangguh sehingga melepasi tempoh percuma
(biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar
faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat
jelas malah amat membebankan dan menindas.
Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang
meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh
pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa
OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada
persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK HARUS
terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimanapun, ketetapan dalam
persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit
konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam
kontraknya. Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan
sebelum di kenakan faedah Riba.
Selain itu berikut di sertakan beberapa ringkasan hukum berkaitan penggunaan
Kad Kredit:-
1. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah
yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya.
Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada
perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah
setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat
sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan
Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986.
2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam
perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’ dalam bentuk
peratusan yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya
berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law
Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank
akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos
yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan)
hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.
Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini
dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan
lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah
wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dalam
mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh
dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang
mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).
4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim
mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan
skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM)
hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan
bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna
menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau
diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an
exclusive opportunity for a select few)
Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-
a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh
Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai
Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan
maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.
Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak
membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam
hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja
dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi
hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).
Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa “Dimaafkan yang berlaku pd tawabi’ dan
tidak pd lainnya” (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).
b) Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan.
Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan
syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan
Shariah. Bagaimanapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar
‘Sadd az-Zarai’ (Menutup jalan haram dari berlaku).
5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa
persetujuan Pemegang kad.
Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara’, kerana kontrak yang
diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak
‘Ghair Lazim’ (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah
pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.
6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit
Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak
dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa
sebarang penangguhan, ia disebut “at-taqabud fil hal” dalam istilah Fiqh. Ia
adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan
itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi
(usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.
Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak
menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini,
Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ;
Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada
April 1995) menyebut : “Proses terima serah “At-Taqabud” sebenarnya telah
terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad
kredit ketika pembayaran dibuat”. Dengan tindakan ini, semua maklumat telah
dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia
juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah
al-Barakah pada 1996.
Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka
memfatwakannya sebagai HARAM ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada
persidangan 23-28 September 2000 )
Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari
mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan “ Keluar dari khilaf adalah
lebih diutamakan” . Maka hukumnya : HARAM.
7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf’) Dengan Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia
bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini,
maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara
segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang
kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut
- sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh
izin sekitar 2-3 minggu.
Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini.
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang
adalah At-Taqabud fil hal.
Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari
pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya
mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil
dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had
tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu
Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ . Ia menurut ketetapan Kesatuan
Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000.
BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang
amat sangat.
8. Denda Penalti Kerana Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.
Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad akan
menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam tempoh
izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.
Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat
dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta
memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma’ seluruh ulama muslim pengharaman
riba ini.
Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov
1998.
BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi Islam
AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan HARUS, tetapi jumlah denda
itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan. Ia dibolehkan berdasarkan
kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan
Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan Syeikh Prof.
Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.
9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad
Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad’ bahawa pemegang yang tidak ingin
melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan
dikenakan faedah. Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di
dalam Islam tanpa sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi
Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.
Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan
faedah bagi bil berbaki?
JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagaimanapun terdapat
pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu
hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang
baki yang boleh dikenakan Faedah.
10. Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara
langsung melalui ‘Auto Teller Machine’ bank pengeluar atau cawangannya atau
melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).
Hukumnya:
1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika
itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dr bank lain
juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat
mereka yang sebenar.
2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan fae...@bunga hasil pinjaman yang
diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI
PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG
DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia
pada sidangnya ketiga pada 1986 M.
3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku
overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu
adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam
Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimana Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra
Naf’an Fahuwa Riba’ Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi
pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.
Wahai sedara se-Islam...marilah berhijrah daripada menggunakan credit card
Riba' ke Credit card Islam yang boleh dimohon melalui Maybank, Bank Islam, CIMB
Islamic Credit cards dll. salam
(Penulis sekarang bertugas sebagai Head, Shariah Coordinator, Asian Finance
Bank Ltd ( a subsidiary of Qatar Islamic Bank)

Subscribe to:
Comments (Atom)