Monday, March 4, 2013
Sah bertunang hanya dengan lafaz persetujuan antara paasangan lelaki dan perempuan
Soalan:
Adakah dikira sah bertunang hanya dengan lafaz persetujuan di antara pasangan lelaki dan perempuan?
Ustaz Azhar Idrus:
Telah sah dan memadai bila si lelaki mengatakan dia hendak mengambil perempuan itu samada sebagai isteri, wife, bini, suri rumah, atau seumpamanya, manakala si perempuan pula memberi kata setuju. Maka haram lah orang lain masuk meminangnya, kecuali jika mereka tidak tahu.
Rombongan meminang itu cuma adat sahaja. Itu tidak salah, KECUALI bila melanggar peraturan syarak atau kerana mengikut-ikut adat agama lain. Contoh menghantar gubahan sirih junjung itu asalnya adat hindu. Haram kita tiru kecuali pihak perempuan itu memang makan sirih!
Malah, NIKAH KAHWIN yang lebih berat dari pertunangan pun SAH hanya dengan LAFAZ, bila cukup syarat-syarat rukunnya, walaupun tengah beratur hendak ambil wang ehsan.
Contoh:
Si A mendukung anak perempuannya yang masih kecil.
Si B kata: Comelnya anak ni, bagi saya bernikah dengan anak pakcik (Si A).
Si A kata: Ambil lah, saya setuju.
Kebetulan ada 2 orang lain dengar lafaz mereka. Mereka adalah saksi. Maka anak kecil tadi sudah sah menjadi isteri Si B.
Tapi walaupun dah sah jadi isteri, jangan pegi jimak pulak budak tu. Haram. Kena tunggu dia baligh dulu baru boleh serah dia kepada si suami.
Jadi, kalau nikah kahwin yang lebih berat pun sah dengan lafaz sahaja, bertunang lagi lah sah.
|Surau Ladang Terengganu|
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiga perkara yang jika dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi sungguh, dan jika dibuat main-main pun akan menjadi sungguh, iaitu nikah, cerai dan rujuk."
(Hadis Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah)
Subscribe to:
Comments (Atom)