Sunday, September 10, 2017
💐Kasih Sayang💐
Pengorbanan ibu bapa sejak kita kecil lagi untuk melihat anak2nya berjaya didunia dan akhirat..
.
Nasihat dan pengalaman tak pernah hilang dari bibir mereka..setiap hari kita akan mendengarnya.. Walaupun kadang-kadang mereka tegas sedikit, itulah yang mendidik kita agar menjadi anak yang berguna di kemudian hari..
.
Tak pernah kenal erti lelah dengan bekerja siang dan malam biarpun hujan, ribut dan petir mereka tetap tempuhi.. Dulu duit sepuluh sen pun boleh beli makanan..
.
Betapa beruntungnya bagi mereka yang masih ada ibu bapa dan dapat berkorban untuk ibu bapa mereka ketika masih bujang dan sudah berumahtangga..
.
Kasih sayang ibu bapa tak berbelah bahagi, tak pernah nak membezakan mana anak yang baik dan jahat.. Semua sama saja..Cuma anak2 saja yang berkelahi.. Macam drama dalam televisyen tu..
.
Bersyukurlah kita selagi ibu bapa masih ada disisi.. Kerana disitu ada keberkatan dan terletaknya keredhaan.. Sayangila mereka dan jangan sakiti hati mereka..
.
Mertua tetap sama darjatnyer dengan ibu bapa kita.. Takder beza pun..bila duit lebih bolehlah diberikan pada mereka..
#ibubapatiadaganti
#pengorbanan
#blogspot
Subscribe to:
Comments (Atom)