Wednesday, May 5, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dosa-Dosa dan facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri

c- Gambar mengaibkan orang lain. G

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian


(ringkasan artikel Baca detil disini)

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Tentang memandang perempuan yang dipinang...

Mughirah bin Syu'bah berkata, "suatu ketika aku mendatangi Rasulullah saw,lalu menyebutkan kepadanya tentang seorang perempuan yang akan aku pinang. Maka Rasulullah saw bersabda:
"pergilah dan lihatlah perempuan yang akan engkau pinang."

Maka aku pergi menemui seorang perempuan dari kaum Anshar yang aku akan pinang melalui kedua orang tuanya. Aku sampaikan pula kepada kedua orang tuanya sabda Rasulullah saw yang membolehkan melihat perempuan yang akan dipinang. Akan tetapi kedua orang tuanya merasa keberatan jika aku melihat puterinya. Kemudian dari balik tirai aku mendengar perempuan tersebut berkata,'jika Rasulullah saw membolehkanmu melihatku,maka aku persilakan engkau melihatku. Akan tetapi kalau tidak,demi Allah janganlah engkau melihat aku.' Tampaknya perempuan itu merasa keberatan jika kedua orang tuanya menolak apa yang diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka aku melihatnya dan menikahinya.

Perempuan dari kaum Anshar di atas nampak cerdas,bijaksana,terbuka dan pandai jaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah SWT. Ia takut jika keluarganya menolak apa yang diperintahkan Rasulullah saw,sehingg berkata,'Apakah kalian akan menolak apa perintah Rasulullah saw?' Sebagaimana ia pun juga takut jika lelaki yang meminangnya itu melihatnya tanpa izin Rasulullah saw. Sesudah yakin terhadap kebenaran informasi yang disampaikan oleh lelaki tadi,maka ia pun membolehkannya untuk memandangya.

Inilah petunjuk dan nasihat yang agung dari Rasulullah saw, yang memerintahkan lelaki dan perempuan yang akan melangsungkan pernikahan untuk saling melihat terlebih dahulu,agar cinta dan kasih sayang di antara mereka dapat kekal. Selain itu agar sejak awal hubungan mereka didasarkan atas prinsip-prinsip yang benar, iaitu mengenal dengan sebenarnya dan telah melihatnya sebelum resepsi pernikahan,sehingga seseorang tidak dikejutkan oleh hal yang tidak menyenangkan. Rasulullah saw adalah orang yang paling menjaga kehormatan. Beliau tidak mungkin mengizinkan lelaki yang meminang untuk melihat perempuan yang dipinang,jika hal itu akan megurangi kehormatan dan kemuliaannya.

Mengapa umat Islam pada masa kini tidak lagi mengendahkan petunjuk Rasulullah saw tersebut?? Pada masa kini sebahagian umat Islam bersikap ekstrim sehingga tidak mengizinkan lelaki yang meminang melihat puterinya untuk dipinang sebelum hari pernikahan. Sementara itu, sebahagian yang lain bersikap liberal sehingga membiarkan anak gadisnya bergaul dan berteman dengan lelaki yang meminangnya,baik orang itu benar-benar ingin menikahinya atau tidak. Sehingga timbullah diantara keduanya perbuatan dosa sebelum berlangsungnya akad nikah,terjadilah musibah.

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun

bersama menuju kejayaan