Wednesday, November 4, 2009

Disyariatkan berkahwin

Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang
itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang
berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.
Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya,terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumah tangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.
Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan.Seorang lelaki tidak minta
dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk
kepentingan Islam.

Monday, November 2, 2009

Hadis...

Dari Anas bin Malik r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat.Angin bertiup sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka,menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik,tampan dan indah.Ketika mereka pulang ke rumah,didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah.Kata mereka kepada isterinya, engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah seperninggalanku.Jawab isterinya, engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu..(muslim)

Thursday, October 8, 2009

Renungan...

Telah berkata Imam Syafie Rahimahullah:-

Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan padanya..

Ramai lagi boleh menjadi penggantinya..berpisah dengan beerti beristirehat..dalam hati masih ada kesabaran meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya..

Tidak semua orang yang engkau cintai akan mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan tidak sopan jika cinta yang dibuat-buat..

Tuesday, June 9, 2009

Ambillah masa

Ambillah waktu utk berfkir,itu adalah sumber kekuatan....
Ambillah waktu utk bermain itu adalah rahsia dr mse muda yg abadi...
Ambillah wktu utk berdoa,itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah wktu utk bljr,itu adalah sumber kbijaksaan..
Ambillah wktu utk mncintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yg d berikn TUHAN.. Ambillah wktu utk bershbt,itu adalah jln mnuju kbahagiaan..
Ambillah wktu utk tertawa,itu adalah muzik yg mngetarkan hati...
Ambillah wktu utk mmbri,itu adalh mmbuat hidup trse bererti...
Ambillah wktu utk bkrja,itu adalah nilai keberkesanan....
Ambillah wktu utk beramal,itu adalah knci mnuju syurga...

Monday, June 8, 2009

Memilih kedudukan

Sombong adlh sifat yg hanya selayaknya dimiliki oleh Allah s.w.t dan ia membenci bahkan melaknat manusia yg memiliki sifat tersebut, maaf adlh juga sifatnya bahkan ia adlh sebesar sifat bg Allah s.w.t kenapa tanpa kemaafan darinya sudah tentu manusia yg terakhir yg diciptakan oleh Allah s.w.t ialah hawa tetapi sifat itu dibenarkan bahkan ditntut utk dimiliki oleh manusia kerana dgn maaf (samada memohon atau menerima ) itu tidak merendahkan diri yg memohon dan tidak juga meninggikan kedudukan yg dipohon dan tidak juga merendahkan martabat yg memohon bahkan sebenarnya meninggikan darjat dan kedudukannya disisi Allah s.w.t....yang mana seharusnya kita pilih kedudukan disisi Allah s.w.t atau disisi manusia

Tuesday, May 26, 2009

Terbaru...

Melakar seni dunia penulisan...

Menanti kehadiran penawar duka...

Mencari di mana jawapan Rindu untuk mengubat luka yang lara...

Akan datang....


CINTA SERIBU DINAR...

Tuesday, May 19, 2009

Sahabat...

Aku tidak pernah menghargai sahabatku yang sering menghulurkan untuk memimpinku,
Namunku menolaknya dengan lembut,
Maafkan ku duhai sahabat andai ku pernah menyakitimu tanpa ku sedari tidak terpacul oleh lidahku untuk menyatakan hasratku kerana aku hanya melungkan dengannYa,
Aku bimbang jika kumanyatakan keresahan hati ini akan tinggalkannYa,
Kuhulurkan hati yang dibaluti keikhlasan agar kau sudi memaafkan aku...

Thursday, April 9, 2009

wanita yang tinggi kedudukannya..

Wahai wanita muslimah yang jujur,wanita muslimah yang taat,wanita mukminah yang taat,jadilah seperti pohon kurma,yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan.
Bila dilempar dengan batu, ia menggugurkan buahnya, sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun di musim panas, lagi banyak manfaatnya.
Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat menjaga rasa malu.
Ucapanmu adalah zikir,cara memandangmu adalah menarik pelajaran,dan diammu adalah berfikir.
Manakala keadaanya sudah demikian,nescaya anda akan merasa bahagia dan senang.
Selanjutnya, akan digelarkanlah bagi anda rasa simpati penduduk bumi kepada anda dan anda akan di hujani oleh pujian yang baik dan doa yang tulus dari semua makhluk.
Allah akan menyingkapkan semua awan kesengsaraan yang selama ini menaung anda,menghilangkan rasa takut yang menghantui anda,dan menyingkirkan kekeruhan yang bertindih...

wanita

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Monday, April 6, 2009

Selamatkan Palestin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hadis

Sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan: daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan, menjaga kehormatan dan taat pada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai...." (hadis riwayat Ahmad)

wanita


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini