Monday, October 24, 2011

Sunnahnya Berbicara Yang Baik Dan Menunjukkan Wajah Yang Manis Ketika Bertemu

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan tundukkanlah sayapmu - yakni bersikap merendahkan dirilah - terhadap kaum
mu'minin." (al-Hijr: 88)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Andaikata engkau itu berakhlak jelek serta keras hati, niscayalah orang-orang itu sama lari
dari sekelilingmu." (ali-lmran: 159)

691. Dari 'Adiy bin Hatim r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan
potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah
bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik." (Muttafaq 'alaih)

692. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Dan mengucapkan
perkataan yang baik itu adalah merupakan sedekah." (Muttafaq 'alaih)
Dan Hadis ini adalah sebagian dari Hadis yang lampau dengan kelengkapannya yang
panjang - lihat Hadis no. 122.

693. Dari Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
"Janganlah engkau menghinakan sesuatupun dari amal kebaikan -yakni sekalipun
tampaknya kecil, janganlah tidak dilakukan, meskipun andaikata engkau bertemu
saudaramu dengan menunjukkan wajah yang manis," - atau berseri-seri tanda bersuka cita
ketika bertemu itu. (Riwayat Muslim)

Wednesday, September 28, 2011

Perediaan sebelum hari peperiksaan...

Peperiksaan hampir tiba. Macam-macam akan difikirkan. Adakah saya telah habiskan salibus? Adakah faham semuanya dan sebagainya. Pelajar cemerlang semestinya telah bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Mereka telah bersedia dari beberapa segi. Persediaan yang dimaksudkan ialah,

1. Persediaan Emosi

Sila pastikan emosi anda berada dalam keadaan stabil. Kawalan emosi merupakan satu faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Antara persediaan emosi yang perlu di jaga ialah,

a. Elakkan perselisihan faham dengan rakan - perselisihan faham dengan rakan sedikit sebanyak boleh mengganggu emosi anda. Cuba anda selesaikan semua sengketa yang berlaku antara kawan sebelum hari peperiksaan. Persengketaan berterusan akan menjadikan emosi anda tidak stabil. Ia akan mengganggu konsentrasi belajar anda. Contoh, rakan merajuk tentang sesuatu dengan anda dan enggan bercakap dengan anda. Cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan agar tidak terus berpanjangan.

b. Menjaga hati ibu bapa - Restu daripada ibu bapa amat penting. Doa ibu bapa terhadap anak akan membawa ke syurga. Doa ibu bapa amat mustajab. Doa mereka akan mempengaruhi kejayaan anda. Lihat dan perhatikan cerita Si Tanggang. Si Tanggang derhaka telah disumpah menjadi batu disebabkan doa ibu. Pepatah juga menyebut, “ Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.” Ibu telah melahirkan, mendidik dan menjaga anda hingga dewasa. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa perlu diikuti. Jangan selalu melawan cakap ibu bapa. Mereka lebih mengetahui daripada anda kerana mereka telah “merasa garam terlebih dahulu.”

c. Mendapat restu guru – restu guru juga amat penting. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran anda. Setiap hari anda ke sekolsh bertemu guru. Guru seperti ibu bapa kedua anda. Tanpa guru, anda tidak memperoleh ilmu. Tunjuk ajar guru banyak mempengaruhi kejayaan anda. Sebelum hari peperiksaan, minta restu guru. Minta guru mendoakan kejayaan anda. Guru tidak pernah mendoakan kegagalan pelajarnya. Mereka mahu melihat semua anak didiknya berjaya sepertimana yang diharapkan pelajar.

d. Tidak bercinta – elakkan bercinta semasa belajar. Orang kata, cinta masa belajar hanya cinta monyet. Cinta setakat belajar sahaja. Percintaan akan terputus selepas kedua-duanya mencari haluan masing-masing selepas habis belajar. Bercinta semasa sekolah banyak mengganggu pelajaran anda. Jika berlaku persengketaan, ianya akan mengganggu emosi dan pelajaran anda. Bercinta tidak salah. Anda boleh fikirkan untuk bercinta selepas habis belajar. Jangan jadikan cinta sebagai kegagalan anda dalam hidup.

e. Yakin pada diri sendiri – perasaan yakin akan wujud jika anda telah bersedia lebih awal. Tanamkan sifat yakin pada diri sendiri. Perasaan yakin membolehkan akan merasa seronok untuk mengambil peperiksaan. Pastikan semua kelemahan anda telah diatasi. Tumpukan perhatian anda pada peperiksaan yang bakal dihadapi. Ilmu yang telah penuh di dada menjadi bekalan untuk menduduki peperiksaan.

f. Tiada Prasangka Negatif Terhadap Orang Lain – sila pastikan anda tiada menyimpan prasangka negatif terhadap orang lain. Rakan, guru dan ibu bapa semuanya mengharapkan kejayaan anda. Tiada orang mahu melihat kegagalan anda. Hanya musuh yang ingin melihat kegagalan anda. Jika anda gagal dalam sesuatu mata pelajaran, jangan menganggap diri anda telah gagal. Prasangka buruk orang terhadap diri anda bukan bererti mereka mahu melihat anda terus gagal. Buang jauh-jauh prasangka tersebut. Kejayaan akan menjadi milik anda jika anda terus membaiki kelemahan diri sendiri. Tanamkan sifat ingin berjaya seperti orang lain.

2. Persediaan Fizikal

Anda juga perlu bersiap dari segi fizikal. Fizikal diri yang baik akan mempengaruhi peperiksaan anda. Tidak bermakna bagi anda jika sakit pada hari peperiksaan. Keadaan diri yang tidak sihat akan memberi impak besar kepada konsentrasi menghadapi peperiksaan. Anda perlu memberi keutamaan pada kesihatan diri sendiri. Antara tindakan yang perlu di ambil ialah,

a. Tidak tidur larut malam – kesihatan badan perlu dijaga. Lewat tidur menyebabkan badan menjadi letih. Keadaan ini menyebabkan anda mengantuk sepanjang hari. Walaupun anda telah bersedia dari segi mental namun badan yang lemah menyebabkan tiada konsentrasi untuk menjawab soalan.

b. Menjaga keselamatan diri – keselamatan diri juga perlu dijaga sepanjang mengambil peperiksaan. Kita sering terdengar pelajar tercedera atau kemalangan semasa peperiksaan sedang berjalan. Lebih teruk lagi terlibat dengan pergaduhan. Kecederaan diri menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Jika anda dimasukkan ke wad, peperiksaan boleh diteruskan di wad. Keadaan kurang selesa dan sakit menyukarkan anda untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk lagi jika anggota badan anda seperti tangan tidak dapat digunakan untuk menulis.

c. Makan makanan secukupnya dan berkhasiat – makanan amat mempengaruhi kesihatan anda. Pemakanan yang seimbang dan sihat memberi kesan kepada pencapaian peperiksaan anda. Jangan biarkan perut anda kosong ketika peperiksaan. Sila pastikan anda mengambil sarapan sebelum hadir peperiksaan. Perut kosong, otakpun kosong. Jadi, pastikan anda makan makanan berkhasiat sebelum menduduki peperiksaan. Otak cergas datangnya daripada makanan berkhasiat.

d. Membuat riadah ringan - sila pastikan anda membuat riadah ringan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap hari. Senaman ringan menjadikan badan anda merasa sihat dan ringan. Senaman tidak bermakna anda perlu keluar rumah. Senaman ringan boleh di buat dalam rumah. Contoh, bermain skipping dan berlari-lari anak. Lebih untung lagi jika anda mempunyai peralatan senaman seperti basikal dan sebagainya.

3. Persediaan Mental

Mental anda juga mesti dijaga. Pastikan fikiran anda dalam keadaan tenang. Fikiran yang bercelaru akan menjadikan diri anda tidak menentu. Anda akan merasa runsing dan takut untuk menghadapi peperiksaan. Antara persediaan mental yang perlu diketahui ialah,

a. Jangan cepat menyerah kalah dan berputus asa - jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, jangan berputus asa. Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya. Kegagalan dalam sesuatu mata pelajaran bukan disebabkan anda tidak pandai. Tetapi anda kurang berusaha untuk membaikinya. Cuba cari kelemahan diri dan berusaha membaikinya. Menyerah kalah tanpa berjuang terlebih dahulu tidak memberi apa-apa erti dalam hidup anda.

b. Tiada gambaran negatif tentang sesuatu - jangan berfikir bukan-bukan tentang diri anda. Jika anda berfikiran negatif, negatiflah jadinya. Tanamkan sifat positif dalam diri. Kata-kata positif mampu mengubah diri anda daripada negatif kepada positif.

c. Mesti berfikiran positif – sentiasalah berfikiran positif. Bersusah-susahlah pada hari ini dan bersenang-senang kemudian. Masa belajar perlu belajar. Masa bermain perlu bermain. Jangan dijadikan nasihat dan teguran guru, ibu bapa dan rakan sebagai penghalang. Teguran baik mereka perlu dijadikan panduan untuk terus berjaya.

d. Tidak berasa bimbang keterlaluan

Persediaan Sebelum Hari Peperiksaan

Persediaan Sebelum Hari Peperiksaan

Saturday, July 30, 2011

..::Ramadhan Kembali lagi::..

Sempena bulan yang mulia iaitu RAMADHAN,bersama-samalah kita bermuhasabah seperti bulan-bulan sebelumnya kita telah bermuhasabah,mencari dan mengenal diri masing-masing.Sesuatu yang indah apabila kita sahur,puasa,dan berbuka bersama-sama.Kerana disitu adanya ikatan kasih sayang yang semua orang rasai.Sesekali apabila menjelang RAMADHAN,lebih-lebih lagi diperantauan,teringat kampung halaman yang telah lama ditinggalkan.Setiap kali RAMADHAN,ada sahaja telatah yang tidak kena.Namun semua itu kenangan bersama-sama keluarga yang tercinta dan tersayang.Tidak mengapa..kerana saya akan tiba di tanah air pada waktu jangka yang terdekat.

Semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna pada kami diperantauan.Setiap kali RAMADHAN,bermacam-macam ragam ada.Perkara yang paling utama adalah makanan.Kerana makanan adalah hidangan yang amat menarik perhatian pada semua orang.Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang selalu menginginkan sesuatu tanpa jangkaan sehingga tidak habis dijamah apa yang dibeli.Tetapi air juga penting dalam bulan puasa.Itu adalah benda pertama akan teguk dahulu.

Pada kali ini RAMADHAN adalah yang terakhir bagi saya di bumi anbiya'.Terasa sayu dihati ini untuk meninggalkan bumi yang penuh dengan ilmu barakah.Apakan daya ini adalah jalan yang terakhir untuk saya tempuhi.Pasti rindu akan keadaan disini.Ilmu adalah segala-galanya.Ada juga mengatakan,ingin tahu ilmu seseorang itu tinggi adalah dengan cara kita hormat dan cara adab dengan orang lebih tua atau muda.Itulah yang paling penting.

RAMADHAN disini sama sahaja seperti sebelum-sebelumnya.Solat dimasjid bersama-sama orang arab.Cuma pada kali ini penuh masa dengan kelas agama atau tafaquh fi ad-deen.Bermulanya awal RAMADHAN sehingga pertengahan RAMADHAN kelas tersebut.Bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu ada sahaja orang menyalahkan.Mengapa sering berlaku sebegini??Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan orang yang menuntut ilmu demi memperjuangkan satu agama iaitu agama Islam.

Tidak mengapa..RAMADHAN kali ini,sempurnakanlah kembali mana yang tidak sempurna maka sempurnakanlah dan juga bulan-bulan seterusnya.Kita hanya manusia serba kekurangan apabila ilmu tidak dabik didada.Dimana ada kekurangan kita terima dan dimana ada kelebihan kita syukuri.Tidak semua manusia sempurna apa yang dilihat pada mata kasar.Seperti apa yang saya perkatakan tadi,sama-sama bermuhasabah dalam meniti hari-hari yang berlalu begitu pantas sekali.

Semoga dirahmati dan diberkati segala amal dan usaha dalam hidup oleh Allah S.W.T.Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAKAH..

WALLAHUA'LAM....




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, July 17, 2011

..:Nian Rasa Dihati:..

Tidak terlintas rasanya untuk menerima sesuatu yang belum pasti.Alhamdulillah setelah beberapa tahun masih belum terbuka untuk menerima insan bernama adam.Namun perancangan Allah lebih dari segal-galanya.Pertolongan dari Allah S.W.T membuka pintu hati ini untuk menerima insan bernama adam.Tetapi hati ini gusar,resah,gelisah untuk menerima.Adakah ini antara petunjuk dari yang Maha Esa untuk menerima insan itu??

Bagaimana hendak menerima jika hati ini sudah terpaut pada insan lain?? Sabar diri ini menerima dugaan sebegini.Sentiasa berdoa agar diberi semangat kekuatan dan permudahkan urusan.Mengenangkan emak dan ayah mengharapkan kejayaan untuk membalas budi mereka.Membantu mereka dalam keadaan sekalipun.Adakah diri ini mampu untuk mengahrungi kehidupan seterusnya??Adakah diri ini mampu untuk menerima seseorang dalam keadaan masih diawanan??Saya pening memikirkannya..

Dalam peringkat umur saya sekarang sudah sepatutnya bergelar seorang isteri atau ibu.Tetapi bukan semudah yang dijangka untuk menjadi seorang isteri atau ibu kerana tempoh pembelajaran.Hakikatnya penerimaan seorang insan bergelar adam telah pun bermula lama tetapi masih tiada peluang lagi.Hanya Allah sahaja yang mengetahui hakikat kehidupan saya.

Melalui pengalaman sahabat-sahabat saya jadi fobia untuk menerima insan bergelar adam.Saya sendiri melalui zaman-zaman berkawan namun itu adalah satu theori yang saya anggap tidak semua boleh dipercayai.Seperti zaman sekarang,bak kata pepatah "habis madu sepah dibuang".Saya sendiri berfikir apakah sebenarnya kaum adam inginkan??

Jika benar mereka ikhlas,mereka tidak akan begitu.Sesungguhnya Allah telah menetapkan siapakah jodoh yang terbaik pada kaum adam dan hawa.Jadi rasa bersyukur itu perlu dalam diri dan juga sabar serta redha dengan segala ujian dari-Nya.

Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah membuka pintu hati ini..

Wallahua'lam...

Sunday, May 22, 2011

Selamilah hati ini...

Dijiwa ini sering berbisik sendirian tanpa sesiapa memahami melainkan Yang Maha Esa.Diri ini tidaklah sebaik seperti mereka yang sering melontar kata-kata yang paling baik.Diri ini juga bukanlah sebijak mereka yang boleh pergi ke sana ke mari dan diri ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahan.Tapi itu semua bukan adalah satu alasan diri ini mengalah dan tidak mahu terus berjuang.Hanya Allah sahaja yang tahu apakah yang tersimpan didalam hati ini.

Kadang-kadang diri ini tidak mengerti apakah sebenarnya ada didalam hati mereka?Sebagai manusia hamba Allah yang kerdil,perlu ada sifat yang seimbang.Boleh berfikir mana yang benar dan mana yang dusta.Diri ini tidak pasti seharusnya untuk berjalan,melangkah,untuk mencari kebenaran itu bagaimana?Begitu banyak persoalan sebenarnya dalam diri ini.Tidak tahu yang mana satu persoalan yang akan terjawab setelah diluahkan.Bingung,dilema,semua ada dan tidak tertinggal dengan stress.

Jiwa sering memberontak tatkala sukar menerima namun harus hadapi juga yang ada didepan mata.Hidup ini penuh pancarobanya.Jika terlepas pandang dan dibiarkan begitu sahaja,maka sia-sialah dengan masa yang ada.Ada juga memikirkan apakah ini satu hikmah dari Allah S.W.T?Pelbagai kerenah yang berlaku,berbagai cerita yang didengar,tetapi masih lagi tidak nampak mana satu kesilapan yang sebenar.Mengapa mereka masih tidak sedar kesilapan mereka?Adakah menanti saat-saat yang lagi memeritkan hati?

Masing-masing ingin berkata-kata tetapi mengapa setiap kali percakapan mereka,mereka tidak melakukannya?Memang benar manusia sering melakukan kesilapan tetapi sampai bilakah mereka harus sebegitu?Mereka selalu juga menyatakan tentang muhasabah diri dan memperbaharui niat.Namun..dimanakah terletaknya memperbaharui niat mereka itu?Terkadang kita memandang rendah pada orang lain sedangkan adakah diri kita ini terlalu sempurna?Astaghfirullahal'azim...

Sebenarnya dalam diri kita ini tidak mustahil adanya timbul perasaan riyak itu.Tetapi tidak nampak oleh mata kasar yang sangat indah penghilatan.Adakah kita merasai sifat riyak itu?Sudah tentu tidak.Tetapi kadangkala kita tidak perasan perbuatan,percakapan ada juga menunjukkan sifat riyak itu.Kenalilah kembali diri kita yang telah diciptakan oleh Allah terlalu sempurna.Janganlah memandang rendah pada orang lain,sentiasa waspada pada percakapan dan perbuatan.Jagalah hati sebaiknya.Apabila melakukan sesuatu perkara yang tidak dijangka,maka berbolak baliklah hati itu.MUHASABAHLAH KEMBALI APA YANG DILAKUKAN SEBELUM INI..DAN SEKARANG ADALAH HIKMAH DARI ALLAH S.W.T.


p/s:Kita adalah manusia yang kerdil disisi-Nya yang tidak layak menentukan siapakah yang lebih baik,lebih pandai,dan lebih bijak berkata-kata,tetapi berfikirlah dengan sebaik-baik akal iaitu nikmat yang telah diberi oleh Allah S.W.T.

Wallahua'lam...

Monday, March 7, 2011

sifat yang perlu ada

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Sunday, March 6, 2011

..:Kenangan:..

Penantian yang dinantikan telah tiba.Ketika berada di Mesir,merasakan ingin pulang ke Malaysia.Alhamdulillah akhirnya kembali juga ke tanah air.Tetapi rasa terlalu sekejap untuk menikmati keindahan di bumi sendiri.Saya ingin berjalan ke tempat yang menarik namun tidak berkesempatan.

Walaupun tidak berkesempatan,saya tetap rasa gembira dan seronok bersama keluarga yang tersayang.Begitu cepat tarikh yang ditetapkan untuk meninggalkan tanah air tercinta.Tarikh ini sama dengan tarikh penerbangan mahasiswa Selangor tetapi tidak pasti lagi.

Keluarga saya ingin bawa saya ke Terengganu untuk menziarahi saudara-mara di sana tetapi tidak sempat juga.Sekarang ini hanya tempat-tempat yang berdekatan sahaja sempat untuk dilawati.Saya pasti rindu saat-saat gembira bersama keluarga.Ketika ini hanya menghadiri majlis perkahwinan sahaja.

Hati ini gundah gulana.Sedih,gembira pun ada.Hendak buat macam mana keadaan sudah jadi begini.Terima takdir yang telah ditentukan oleh Allah dengan redha.Kenangan hanya kenangan.insyaAllah..akan kembali lagi ke tanah air dengan kajayaan..Amiiin..

Monday, February 7, 2011

..:Tiada rasa perit:..

Alhamdulillah saya telah sampai di tanah air yang tercinta.Ketika mendengar nama disebut mendapat tempat dalam penerbangan pertama,perasaan saya gembira,sedih,suka,dan duka.Tetapi menjadi lagi sedih apabila ada sebahagian ahli kami tidak dapat penerbangan yang pertama bersabar sahaja.

Ketika berlakunya rusuhan di Mesir,saya dan rakan-rakan tidak merasa gentar tetapi merasakan itu satu cabaran duniawi.Disebalik berlaku rusuhan tersebut,banyak hikmahnya.Kita hidup mestilah ada persefahaman dan saling tolong menolong.

Sementara kami bersiap sedia untuk dihantar ke Jeddah,kami mendengar pelbagai maklumat yang disampaikan namun kami tetap bersabar menanti.Diantara kami ada yang tertanya-tanya bagaimana nasib kami di Mesir ini?? Saya hanya menyatakan kepada mereka harus ada kesabaran.Walau apa pun berlaku,kita tetap ada keperluan lagi selama dua minggu.

Alhamdulillah setelah sampai di Jeddah,kami menunggu sehingga segalanya selesai dan bermulanya perjalanan ke asrama yang dikhaskan untuk kami menginap.Perjalanan kami ke tempat itu mengambil masa selama satu jam dan nama tempat itu adalah Madinatul Hujjaj.Tempat yang menjadi kebiasaan jemaah haji transit sebelum ke Mekah dan pulang ke Malaysia.

Di situ boleh memuatkan seramai 11000 orang pelajar-pelajar Mesir.Alhamdulillah keadaan di sana selesa dan tinggal selama tiga hari.Apabila tiba hari yang dinantikan iaitu hari ahad 6 februari 2011 dan jam 8 malam kami bertolak ke Malaysia.

Perasaan kami semua berasa gembira kerana dapat pulang ke Malaysia.Tidak sabar saya ketika itu untuk berjumpa kedua ibu bapa setelah tiga tahun tidak pulang ke tanah air.Akhirnya sampai di tanah air,kami disambut dengan baik sekali.Bersyukur ke hadrat Ilahi dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Wallahua'lam..

Wednesday, January 26, 2011

kata2...

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikuti jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanngung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jangan terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."