Tuesday, June 22, 2010

mencari hati yang luhur...

carilah hatimu di 3 tempat...carilah hatimu ketika membaca al Quran, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika solat, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati..jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pd ALLAH, pinta hati yg baik dan hanya mengingatiNya..

Perbanyakkan selawat ke-atas Nabi

Pernah suatu ketika..sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat..tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w..Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w..Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar..baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya..Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w.."Bukankah kami ini ikhwanmu?.."Rasulullah s.a.w menjawab.."Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.." Sama-sama kita perbanyakkan solawat..sollu 'alanNabii...