Wednesday, June 2, 2010

Surah Al-Kahfi

1)Ancaman terhadap kepercayaan Tuhan mempunyai anak -ayat 1-8.
2)Kisah Ashabul Kahfi -ayat 9-26.
3)Petunjuk-petunjuk tentang dakwah:-
-Teguran pada Nabi agar jangan mementingkan orang-orang terkemuka sahaja dalam
berdakwah -ayat 27-31.
-Tamsil kehidupan dunia dan orang-orang yang tertipu padanya -ayat 32-46.
-Beberapa kejadian di hari Qiamat dan kederhakaan iblis -ayat 47-53.
-Akibat tidak mengendahkan peringatan-peringatan Allah S.W.T -ayat 54-59.
4)Nabi Musa A.s mencari ilmu:-
-Nabi Musa A.s bertemu dengan Khidir A.s -ayat 60-70.
-Khidir membocorkan perahu -ayat 71-73.
-Khidir membunuh seorang anak -ayat 74-76.
-Khidir memperbetulkan dinding rumah -ayat 77.
-Hikmah-hikmah dari perbuatan Khidir -ayat 78-82.
5)Dzulqarnain dengan ya'juj dan ma'juj -ayat 83-101.
6)Azab bagi orang-orang musyrik dan Pahala bagi orang-orang mukmin:-
-Celakalah orang-orang musyrik -ayat 102.
-Amat rugilah orang-orang yang terpedaya dengan diri-sendiri -ayat 103-106.
-Syurga Firdaus bagi orang-orang yang beramal soleh -ayat 107-108.
7)Luasnya ilmu Allah tidak terhingga -ayat 109-110.

Hadis peringatan..

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Doa sseorang itu akn dikabulkn selagi dia tidak terburu-buru mnyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.

Hadis Ibnu Abbas r.a: Nabi s.a.w selalu berdoa setiap kali mendapat kesusahan. Di mana doanya: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Kata-kata Hikmah

Janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan tetapi bimbanglah andai imanmu akan berkurangan..

Janganlah kamu bimbang andai kamu tak tampan tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan..

Kejarlah & carilah cinta Allah nescaya andai kamu perolehinya seluruh makhluk Allah akan menyayangimu..

Jika kita tak dapat apa yang kita suka, sukailah apa yang kita telah dapat. All the best from Allah. Fahami erti syukur dalam kehidupan

Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih.

Kejamnya Israel

Haluan Kelantan (31mei2010) ~Mari pakat2 solat hajat & doa skg, israel laknatullah tlh menyerang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sekejap td.. Kapal Mavi Marvara tlh ditembak dgn helikopter menyebabkan 3 terkorban & 30 cedera. Kapal tersebut yg dinaiki oleh relawan kita. Mohon Allah bantu relawan di Gaza skg ini. IHZIMHUM WANSURNA A'LAIHIM.. Kirimkan doa buat mereka saudara2 ku sekalian... Sebarkan berita ini kpd seramai mumkin yg dikenali..