Wednesday, June 2, 2010

Kata-kata Hikmah

Janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan tetapi bimbanglah andai imanmu akan berkurangan..

Janganlah kamu bimbang andai kamu tak tampan tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan..

Kejarlah & carilah cinta Allah nescaya andai kamu perolehinya seluruh makhluk Allah akan menyayangimu..

Jika kita tak dapat apa yang kita suka, sukailah apa yang kita telah dapat. All the best from Allah. Fahami erti syukur dalam kehidupan

Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih.

No comments: