Wednesday, February 22, 2017

Kita hanya merancang Allah yang tentukan

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah,segala puji bagi Allah masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang menyedut udara segar dari pohonan yang melambai2 dengan zikrullah. Setiap langkah kaki ini bergerak,terasa angin sepoi2 bahasa mengusap pipi yang tak berapa nak gebu. Dedaunan dari pohon hijau bertebaran jatuh ke tanah seperti hilang nyawa. Setiap yang ada di bumi ini semuanya bernafas. Bukan sahaja manusia yang bernafas tetapi haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Setiap hari melantunkan zikrullah tanpa mengira masa samaada pagi,siang,tengah hari ataupun malam. Itu sekadar muqaddimah sahaja dan hanya sekadar berbasa basi. Agak lama juga saya tidak menulis didalam blogger ini. Rasa seperti begitu lama membiarkan blogger ini bersarang lebih kurang empat tahun.Selepas sahaja bersalin anak pertama saya teruskan pengajian saya di Kolej Universiti Insaniah [KUIN].Ketika itu masih lagi di Mergong Alor Setar, Kedah. Terpaksa berulang-alik dari Jitra ke Alor Setar dengan menaiki motosikal. Berpanas berhujan dengan motosikal juga kami ke sana ke mari walaupun rasa payah. Tetapi saya tidak pernah berputus asa untuk berhenti belajar dan encik suami pula bekerja demi menyara kami anak beranak. Anak kami hantarkan pada jiran sebelah rumah kawan saya yang sama pengajian. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami walaupun ketika itu memang sukar untuk cari seorang pengasuh yang boleh jagakan anak kami. Ketika itu saya hanya dapat selesaikan dua subjek atau madah sahaja kerana perlu guna lebih wang untuk lebih madah. Alhamdulillah dengan kesabaran saya dapat habiskan juga madah yang ketika itu agak sukar untuk saya habiskan dan selebihnya sambung di tahun hadapan. Keputusan yang saya peroleh ketika itu memuaskan juga walaupun tak tinggi. Demikian itu saya bicara dalam hati,"walaupun ada anak,aku mesti berusaha lebih lagi". Bukan sahaja ilmu yang kita dapat tetapi kejayaan pun dapat bila ada usaha yang gigih. Bila ada anak kecil macam2 ragam kita perlu layankan tetapi tidak membebankan. Selagi kita mampu menjaga amanah ini,in shaa Allah mudah urusan kita. Dengan izin Allah saya telah menamatkan pembelajaran saya setelah empat tahun saya bertungkus lumus berusaha demi mencapai segulung ijazah. Emak dan ayah rasa gembira dengan kejayaan yang saya perolehi dan begitu juga encik suami. Saya tamatkan pengajian saya di KUIN,Kuala Ketil,Kedah. Ketika itu anak sudah pun menjangkau umurnya satu tahun lebih. Pada tarikh 25 September 2016 saya telah menghadiri hari konvokesyen saya bersama encik suami,emak dan ayah. Ketika ini saya sedang mengandung anak kedua saya dan saya dapat rasakan anak yang didalam kandungan bangga dengan kejayaan umminya. Setelah habis belajar,saya terus tinggal bersama keluarga saya di Melaka. Sejak dari awal perkahwinan kami dan cuti semester memang akan pulang ke Melaka sahaja dan tidak pernah pulang ke Senai kerana ada sebab2 tertentu. Sehinggalah pada hari yang ditetapkan oleh Allah tentang ajal dan maut. Pada mulanya memang tak pasti itulah kebenarannya yang sudah tentunya kita menerima takdir dari Allah SWT. Sebelum itu kami sempat bertemu beberapa kali sahaja dan tidak menduga inilah takdirnya. Ketika itu pula ayah saya telah dikejarkan ke hospital Melaka kerana tiba2 sahaja tangan dan kakinya kebas serta cara percakapannya kurang jelas. Alhamdulillah saya sempat menjenguk ayah ketika di hospital. Pada malamnya saya hanya berehat dirumah manakala suami,anak dan adik ipar keluar berjalan2. Jam ketika itu menunjukkan sekitar pukul 10 lebih dan saya rasa terlalu mengantuk tidak pasti kenapa. Mata saya sempat dipejamkan ketika itu dan telinga berdesing dan tidak pasti siapa yang telah pergi menghadap Allah SWT. Setelah suami dan adik ipar pulang, saya diberitahu bahawa ayah mertua saya pengsan. Saya agak terkejut juga pada masa itu. Tiba2 ibu mertua saya meminta kami pulang dengan kadar segera dan tidak memberitahu apa sebabnya. Ibu sophie juga meminta kami pulang dengan segera. Pada awalnya memang kami hendak pulang tetapi keesokan harinya. Setelah kami dapat pengkhabaran bahawa Allah lebih menyayangi ayah mertua terus sahaja kami pulang pada jam 3 pagi. Kami sampai di senai jam 8.30 pagi dan terus suami serta adik2 ipar bersiap pergi ke hospital untuk mengambil jasad ayah. Memang sedih dan terkilan sangat2 sebab hanya dapat bertemu beberapa kali sahaja dengan ayah mertua. Bagaimanapun kita yang hidup perlulah bersyukur kerana masih ada peluang untuk teruskan hidup. Al-Fatihah... Dengan ketiadaan ayah mertua,suami mengambil keputusan untuk tinggal di Senai bersama ibu dan adik2 yang lain. Banyak perkara yang hendak diselesaikan di sini. Saya hanya akur sahaja dengan kehendak suami kerana dia anak sulung. Ada banyak hikmah yang kita perolehi disini. Pengajaran juga banyak.. Doa untuk arwah ayah mertua 22.10.1960-22.10.2016 Al-Fatihah