Wednesday, December 23, 2015
Memori merindu
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih bernafas sehingga hari ini. Sesungguhnya telah banyak cabaran dan dugaan yang diberi oleh Maha Esa untuk menempuhi ranjau kehidupan yang penuh dengan kebenaran,keikhlasan,kemalasan,kepolosan,dan pembohongan. Dunia ini adalah pentas dimana manusia menjadi pelakonnya yang membawa watak-watak ganas,jahil,zalim,alim,penjenayah,pelajar,pekerja,pemimpin,dan sebagainya. Walaupun setiap hari melihat artis atau pelakon drama di kaca tv,hakikatnya ada yang sama realiti kehidupan ada yang tidak. Tapi disitulah ada pengajaran untuk manusia untuk berhati2 dalam memilih siapa sahabat,kawan,teman.
Itu hanya muqaddimah sahaja yang mahu dikongsikan. Setelah lama tidak menulis blogger ini dan tidak dapat menjengah walaupun sesaat. Nak mula dari mana cerita yang nak dikongsikan yer???erm..sudah berapa tahun tidak menulis blogger. Macam dah beku jer otak ni nak menaip cerita2 bestkan...okla..erm..cerita dari mesir yang mana ada pergolakan sementara.
2010- Telah berpindah ke rumah bkan Melaka baru. Banyak jugak barang nak diangkut ke rumah baru. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah..hee.. Pada masa tu senior yang tinggal di Kaherah hanya tiga orang iaitu aku dan dua lagi sahabat baik aku. Segala yang pahit bersama,menangis bersama,gembira pun bersama. Di mana nak cari sahabat seperti mereka yang setia dengan kita susah dan senang. Bila takder duit pinjam sat la duit depa,nanti ada duit bayarla kat depa semula. Ketika itu aku telah menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa tertinggi (ajkt) sebagai timb.ekonomi. Sahabat2 jugala yang menyokong aku. Sebab jauh dari keluarga depa adalah sebahagian ahli keluarga. Siapa lagi yang nak diharapkan kalau bukan depa yang sokong aku atau tolong aku. Heee..
Aku dah tak ingat bila pergolakan itu berlaku dan pada masa itu banyak terjadi tersalah fahaman. Disebabkan nila setitik,susu sebelanga jadi rosak. Erti kata tidak ada kepercayaan pada kami yang telah lama di sana dan ingin membina kapal yag baru. Ramai yang mengatakan bahawa dalam satu kapal tidak boleh ada dua nakhoda. Risau kapal yang baru nakhodanya membawa anak kapalnya begitu jauh dari asal tempat kapal itu dibina dengan objektif yang lain. Aku bukan takut,bukan gentar,cuma berfikir panjang apa yang berlaku seteusnya sehinggakan ada yang tidak suka antara satu sama lain sedangkan sudah kenal walaupun sekejap. Ada yang sama fikirannya dan ada yang tidak sama fikirannya. Sebagai seorang manusia perlu ada sifat rendah diri. Mungkin ada yang tidak perasan apa yang dituturkan itu akan memakan hati orang lain. Bukan nak cakap aku ni baik sangat,tapi hakikatnya terasa bila tidak endah dengan pendapat aku. Aku faham,semua sayangkan kapal yang telah lama dibina tapi janganlah kerana kapal yang baru boleh tersalah faham dan tidak percaya yang menjadi orang bawahan aku. Agak2 siapa yang nak jadi masa tu sedangkan semua dah penuh diambhil orang. Apa yang jadi banyak hikmah sebenarnya. Orang yang kita tak pernah rapat, tapi kenal dari luaran sahaja tidak disangka begitu jauh dia belayar. Apakan daya,kepercayaan itu tidak ada,dan terlalu sedih bila dikenangkan semula.
Banyak halangan ketika itu untuk melakukan aktiviti namun diusahakan jugak sebab sudah melantik orang yang dipertanggungjawabkan dengan tugasan masing2. Semuanya seronok bila dapat bersama2 turun padang untuk selesaikan misi aktiviti bkan ketika itu dan tidak ada yang sedih memikirkan pergolakan yang telah lepas.
2011- Aktiviti ke kuliyah seperti biasa dengan musim sejuk yang telah tiba. Aku memang seronok ila masuk musim sejuk dah masuk nak2 bila time tido lagi aku seronok. Tahun ni adalah aku last dekat Mesir. Masa ni ada rusuhan kat Mesir dan aku balik Malaysia. Aku memang dah kenal seseorang tapi dia bukan jodoh aku. Huhu..sebelum balik Malaysia,aku dan budak2 lain jejak kaki di Jeddah. Pertama kali jejak kaki kat Jeddah dan musim tak sama dengan Mesir. Pengalaman yang tak dijangka dapat pergi Jeddah dan tinggal beberapa hari di sana. Naik kapal terbang Mas airbus la kot. Sebelum dapat masuk teus ke asrama orang yang tunai haji, kami duduk di ruangan hadapan ataupun hall. Masa tu masng2 penat, dan sibuk telefon keluarga di Malaysia. Dah macam perlarian pulak masa tu sebab semua duduk atas lantai tunggu masa boleh masuk. Yerla..macam2 prosedur kene buat dulu sebelum masuk. Kene amik gambo la,cap jari,dan sebagainya.
Bila dah selesai semua prosedur,barulah semua beratur nak naik bas untuk ke asrama tempat untuk kami semua untuk berteduh. Daripada petang sampi malam baru dapat p semula. Masa naik bas memang naik dengan orang lain dan bila dah sampai kat asrama semua tulis bilik yang sama. Aku,kawan,adik2 yang tulis tempat yang sama..huhu.. Bila dah masuk bilik,katil spring bujang punyer ada banyak sangat. Yang lain ada yang dapat katil dua tingkat dan bila nak diri terhantuk kepala. Kesian kat depa semua sebab kene duduk dengan katil camtu tapi nak wat camner kan sudah ditulis dan terus masuk.
Setelah beberapa hari di Jeddah,kami pun balik Malaysia dan duduk dalam kapal terbang mana2 sahaja. Duk kelas ekonomi biasalah kecikla sikit tempat duk. Cuba duk tempat vip memang seronok sebab luas dan selesa tempat duduknya. Dari Jeddah mengambil masa 10 jam jugak macam biasa dari Malaysia ke Mesir.
Bersambung......
Subscribe to:
Comments (Atom)