Bermulanya tugasan baru di BKKIMM. Rasa serba salah dibuatnya. Saya juga syaghal dengan program lain. Hmm..paling dekat dengan saya ialah program Badar Al-Kubra. Program yang menjalinkan ukhwah sesama ahli BKKIMM. Banyak objektif yang ingin ditegakkan. Dalam program ini adalah menerangkan tentang peperangan Badar. Semoga berjalan dengan lancar program ini dengan harapan lebih mempertingkatkan kemantapan ukhuwah. Seperti tema yang telah saya bersama rakan setuju untuk dibentangkan iaitu "Menyusuri Sirah Kemantapan ukhuwah".
Ada lagi satu program iaitu Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru. Itu adalah program yang telah diadakan bagi mahasiswa/wi baru. Selamat datang diucapkan,ahlan wasahlan di bumi Anbiya'. Semoga mereka selesa dengan layanan kami iaitu di barisan AJKT sendiri dan juga ahli-ahli BKKIMM. Segala kekurangan dan kelebihan itu adalah datang daripada Allah S.W.T. Saya mengharapkan kekuatan,ketabahan,kesabaran dan redha dalam kehidupan saya di bumi Nabiya' ini. Semoga Allah makbulkan.Amin,amin,amin,ya Rabbalalamin...
Sunday, August 29, 2010
Saturday, August 21, 2010
Alhamdulillah...
Setelah sekian lama menanti,saya telah mendapat jawapan yang seharusnya saya mengetahui dari awal lagi. Sentiasa bersama kawan-kawan mengharungi liku-liku kehidupan di bumi Anbiya' ini. Sering kali lemah,saya bersujud meminta pada yang Esa agar diberi kekuatan. Saya juga meminta emak dan ayah saya berdoa agar saya berjaya dan pulang dengan segulung ijazah. Setiap kali saya berasa ingin jatuh,sahabat-sahabat sayalah membantu saya untuk meneruskan perjuangan. Tatkala sepi,sahabat-sahabat saya jualah memberi kata-kata semangat.
Air mata setitis demi setitis berjuraian. Alhamdulillah ada juga sahabat sanggup bersama-sama meniti jambatan yang hampir runtuh. Tetapi ada juga yang memberi idea yang agak bernas. Saya menerima dengan hati yang terbuka kerana sifat sabar dan redha itu ada. Ketika hablah(ketua syuun) memberitahu tentang natijah,saya senyum lalu beristighfar dan mengucap syukur walaupun dalam hati ini dirundum pilu. Tidak terkata dek lidah kelu seribu bahasa. Bagaimana saya ingin memberitahu emak dan ayah saya?? Saya teruskan perjalanan saya.
Penantian itu satu penyeksaan. Alhamdulillah pada hari ini keputusan yang dinanti telah pun diterima. Saya berjalan menuju ke kuliah dengan harapan semoga apa yang saya dapat saya akan menerima dengan sabar dan redha. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran yang ada,saya dapat menerima dengan hati terbuka dan seterusnya. Tetapi saya tetap pelik. Kerana Allah tahu saya mampu untuk bertahan dan kuat menempuh dugaan-Nya jadi inilah dugaan yang saya dapat. Saya akan teruskan juga perjuangan saya walau apa pun yang terjadi.
Demikian itulah,saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk mengambil semangat baru untuk meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah..banyak hikmah dari-Nya...amin,amin,amin,ya Rabbalalamin...

Thursday, August 19, 2010
Kelas Pengajian
Pada kali ini saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat dengan kelas pengajian yang saya ikuti di Mesir. Antara kelas pengajian yang paling ulung sekali adalah kelas pengajian Syeikh Nuruddin. Alhamdulillah pada kali saya rasa lebih bersemangat lagi untuk bertalaki bersama sahabat-sahabat seperjuangan saya. Walaupun cuaca agak terlalu panas, saya bersama sahabat-sahabat saya teruskan juga perjuangan kami.
Kelas tafaquh fiddin ini diadakan di rumah Kedah baru di Akhir mahattoh,sabie' dan waktu pengajian diadakan pada waktu petang dan malam. Saya bersama sahabat-sahabat saya pergi di waktu malam sahaja. Alhamdulillah ramai yang mengikuti kelas pengajian ini.
Dikesempatan itu, saya mengambil iktibar dengan apa yang telah diajar oleh Syeikh Nuruddin. Salah satu yang menarik perhatian saya di kelas pengajian adalah tentang semut. Dia juga makhluk Allah walaupun tidak ada akal fikiran. Yang sentiasa bertasbih kepada Allah yang menciptakannnya. Saya begitu tertarik tentang kisah ini.
Alhamdulillah..sedar tidak sedar telah lapan hari berpuasa. Saya gembira masih dapat lagi bersama-sama teman seperjuangan. Dalam hati ini hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana runsingnya memikirkan keadaan masa akan datang. Wahai hati tabahlah...

Sunday, August 15, 2010
Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah akhirnya telah masuk juga bulan Ramadhan. Di kesempatan Sempena bulan Ramadhan ini,saya dan kawan-kawan saya solat jemaah bersama-sama di Masjid Apollo yang berdekatan dengan pasaraya Mahmal. Suasana bulan Ramadhan di Mesir berbeza dengan Malaysia. Walaupun setiap rakaat solatnya sama,ada sahaja perbezaannya. Di Mesir orang-orang Arab akan terus untuk sembahyang. Diantara rakaat yang ke empat dan lima sembahyang Tarawih mereka akan memberi tazkirah dan orang melayu pula adanya bacaan doa. Paling saya kagumi sekali adalah ketika sembahyang witir yang terakhir akan dibacakan Qunut selama satu bulan di bulan puasa ini.
Takjubkan??Memang seronok apabila sembahyang berjemaah dengan orang-orang arab di sini. Cara dan budaya memang berbeza tetapi cukup menarik apabila diperhatikan cuma ada juga yang tidak menarik. Apabila saya mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Imam masjid itu,saya sangat terharu. Ada lagi yang dikagumi iaitu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan nada yang boleh membuatkan saya rasa tersentuh dengan maksud-maksud yang tersurat. Amat pilu sekali.
Pada kali ini,bulan puasa di Mesir waktunya telah bertukar hanya empat tahun sekali. Memang saya tidak menyangka ada juga seperti ini. Namun saya tetap merasakan keseronokan di sini walaupun masih lagi belum pulang ke Tanah Air selama tiga tahun.
Saya bersyukur kerana masih berpijak di bumi yang bertuah ini dengan harapan saya dapat menggarapkan lagi impian saya. Alhamdulillah...

Subscribe to:
Comments (Atom)