Thursday, August 19, 2010

Kelas Pengajian

Pada kali ini saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat dengan kelas pengajian yang saya ikuti di Mesir. Antara kelas pengajian yang paling ulung sekali adalah kelas pengajian Syeikh Nuruddin. Alhamdulillah pada kali saya rasa lebih bersemangat lagi untuk bertalaki bersama sahabat-sahabat seperjuangan saya. Walaupun cuaca agak terlalu panas, saya bersama sahabat-sahabat saya teruskan juga perjuangan kami.

Kelas tafaquh fiddin ini diadakan di rumah Kedah baru di Akhir mahattoh,sabie' dan waktu pengajian diadakan pada waktu petang dan malam. Saya bersama sahabat-sahabat saya pergi di waktu malam sahaja. Alhamdulillah ramai yang mengikuti kelas pengajian ini.

Dikesempatan itu, saya mengambil iktibar dengan apa yang telah diajar oleh Syeikh Nuruddin. Salah satu yang menarik perhatian saya di kelas pengajian adalah tentang semut. Dia juga makhluk Allah walaupun tidak ada akal fikiran. Yang sentiasa bertasbih kepada Allah yang menciptakannnya. Saya begitu tertarik tentang kisah ini.

Alhamdulillah..sedar tidak sedar telah lapan hari berpuasa. Saya gembira masih dapat lagi bersama-sama teman seperjuangan. Dalam hati ini hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana runsingnya memikirkan keadaan masa akan datang. Wahai hati tabahlah...

No comments: