Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Kareem...

Alhamdulillah akhirnya telah masuk juga bulan Ramadhan. Di kesempatan Sempena bulan Ramadhan ini,saya dan kawan-kawan saya solat jemaah bersama-sama di Masjid Apollo yang berdekatan dengan pasaraya Mahmal. Suasana bulan Ramadhan di Mesir berbeza dengan Malaysia. Walaupun setiap rakaat solatnya sama,ada sahaja perbezaannya. Di Mesir orang-orang Arab akan terus untuk sembahyang. Diantara rakaat yang ke empat dan lima sembahyang Tarawih mereka akan memberi tazkirah dan orang melayu pula adanya bacaan doa. Paling saya kagumi sekali adalah ketika sembahyang witir yang terakhir akan dibacakan Qunut selama satu bulan di bulan puasa ini.

Takjubkan??Memang seronok apabila sembahyang berjemaah dengan orang-orang arab di sini. Cara dan budaya memang berbeza tetapi cukup menarik apabila diperhatikan cuma ada juga yang tidak menarik. Apabila saya mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Imam masjid itu,saya sangat terharu. Ada lagi yang dikagumi iaitu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan nada yang boleh membuatkan saya rasa tersentuh dengan maksud-maksud yang tersurat. Amat pilu sekali.

Pada kali ini,bulan puasa di Mesir waktunya telah bertukar hanya empat tahun sekali. Memang saya tidak menyangka ada juga seperti ini. Namun saya tetap merasakan keseronokan di sini walaupun masih lagi belum pulang ke Tanah Air selama tiga tahun.

Saya bersyukur kerana masih berpijak di bumi yang bertuah ini dengan harapan saya dapat menggarapkan lagi impian saya. Alhamdulillah...

No comments: