Monday, July 26, 2010

Saat-saat KEMATIAN

Seorang manusia yang diberi nama Obi baru pulang dari hotel mewah bersama isteri mudanya,telah diserang sakit jantung ketika berada didalam bilik air lalu jatuh. Ketika dipembaringan, nafasnya naik turun dan naik turun menanti sakaratulmaut. Nafasnya mulai kuat kedengaran,nazak menghampiri,menghempas pulas,bagai dirobek jantungnya.

"Dimana aku??dimana aku??" "Mahu isteri muda?" "Aku tidak mahu..!" "Apa yang engkau mahu?" "Panjangkan umurku", "Panjang umur?" "Berapa tahun?seratus tahun?" "Ya seratus tahun", "Telah hidup 63 tahun masih tidak cukup??tidak puas hidup?tidak kenyang makan maksiat??"

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Izrael datang. Malaikat turut datang,diambang sakaratulmaut. Semakin tegang,sendat,sempit,kedinginan,menjalar ke seluruh jasad. Obi diambang resah,geisah,keluh kesah,dan merintih.

"Panas!dahaga!haus!panas..!!" Air tujuh lautan diteguk,kelaparan merobek usus-usus. Syaitan datang mengondong-ngondong mahu murtadkan aku. Nenek datang cu..dahaga cu..lapar cu..ambil bagana ini,penuh dengan madu,masuk syurga minum air ini. Ibuku menggoyangkan buah susu,ini ibumu,susu ini yang membesarkanmu,buang Islam,mestilah dalam agama Yahudi. Ayah....mestilah dalam agama Yahudi anakku,kematian itulah asuk ke Syurga.

Ucaplah "LAILAHAILLALLAH....!" "Tidak...!" "Tidak...!" "Tidak...!"
Ucaplah "LAILAHAILLALLAH....!" "Tidak...!" "Tidak...!" "Tidak...!"
"Rumahku,mercedesku,wangku,saham-sahamku,kilang-kilangku,anak-anakku,isteri-isteriku,dan dunia-duniaku".

Sakaratulmaut datang,pak lebai dipanggil,puncak desir angin,lidahku kelu. Sakaratulmauuuut..! Manusia jubah hitam, "mari ikut kami!"
Manusia jubah hijau, "mari ikut kami!"
Cahaya putih,cahaya merah,kilatan hitam datang.
"Apa ini??apa ini??"
Akulah sakaratulmaut....!!!
Kedinginan menjalar perlahan-lahan,dari hujung rambut ke hujung kaki. Datang Malaikat Maut di kepalaku.
"Hai manusia yang keji!keluarlah dari kemurkaan Allah!!"
Roh berseluroh ditubuhku,lalu INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UN...
Bau bangkai busuk,tuliskan amalan ruh,dan malaikat menduduki aku.

"Siapa Tuhanmu?" "Aku tidak tahu...!"
"siapa lelaki ini yang datang padamu?" "Aku tidak tahu...!"
Datanglah kepadaku yang hodoh wajahnya,buruk pakaian,busuk baunya,"siapa engkau?" "Akulah amalanmu yang keji...!"
Diazab dan diseksa,menunggu dan tunggu..
"Mana anakku yang soleh??mana anakku seorang peguam??mana anakku seorang jurutera??mana anakku seorang arkitek??mana anakku seorang profesor??
MANA....??!"

No comments: