Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah:
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Umur 1 tahun anak dah mula belajar perbagai benda, kadang banyak yang anak lakukan itu silap, misalnya tumpahkan air susu, buang makanan dalam pinggan, sepah barang dan sebagainya. Peringkat ini kena banyak sabar.
Anak saya 1 tahun 4 bulan, nak makan tak mau mama suap, dia nak makan sendiri, bila suap sendiri mesti tumpah atau sepah atas lantai. Naik angin juga bila selalu macam tu, waktu ni kita kena sabar.
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.
Inilah umur remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
Umur ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.
Paling penting saya ingin sarankan ialah DOA PADA ANAK ANAK, Doa ibubapa amat mustajab, doa anak jadi soleh solehah dan masuk syurga. Tetapkan matlamat hidup pada anak anak, iaitu jadi hamba Allah yang taat dan syurga matlamat akhir kita.
Monday, October 23, 2017
15 Tips & Posisi Tidur Ibu Hamil Agar Tidur Nyenyak
Masalah ibu hamil yang paling ketara adalah sukar untuk dapat
tidur yang lena dimalam hari..saya sendiri pun memang sukar
tidur lena..
lebih2 lagi ibu hamil yang bekerja..malam kena tidur awal
sebab pagi2 nak bangun pergi kerja..lenguh pinggang toksah
cakaplah..
duduk tak kena,baring tak kena,serba serbi tak kena lah..
posisi apa lagi yang nak bagi lena tidur malam nii๐ญ๐ญ๐ญ
jom tengok tips2 posisi tidur yang betul agar dapat tidur
dengan aman damai..๐๐๐๐ค๐ค๐ค
Sebelum anda mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur anda berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari anda. Selain itu, anda juga boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavendar.
Seperti yang kita sedia maklum, sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. ini akan menyebabkan ketidakselesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan anda tidur dengan nyenyak kelak.
Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk para ibu hamil lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi anda. Anda cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan anda.
Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu. Namun adakah anda tahu bantal yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur anda? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang anda. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada para ibu. Jika anda mahu lebih selesa, anda mungkin boleh cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.
Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan pasangan anda. Minta pasangan anda untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan pasangan anda malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.
Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan. Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Pasti anda tidak mahu terjaga dari tidur dan berulang-alik ke tandas untuk membuang air, bukan? Ini dapat dielakkan dengan mengurangkan minum air pada malam hari. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja. Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras. Pasti akan menganggu tidur malam anda.
Tidak lalu makan semasa hamil bukanlah sesuatu yang aneh. Tidak mungkin kita mahu membiarkan perut kosong sehingga waktu tidur. Cuba minum susu panas atau jika anda tidak menggemari susu, boleh juga mencuba susu berperisa coklat sebelum tidur. Ia bukan sahaja mengeyangkan malah berkhasiat untuk ibu hamil.
Sedikit senaman pernafasan sebelum tidur dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan tekanan. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ibu mengandung yang disyorkan. Senaman ini dapat menguatkan otot, membina ketahanan dan membantu anda tidur lena pada waktu malam. Namun harus diingatkan jangan lakukan senaman terlalu aktif apabila hampir dengan waktu tidur kerana ia mungkin memberi kesan yang sebaliknya.
Tidur sebentar di siang hari iaitu sekitar 30 minit ketika waktu rehat pejabat dalam pukul 1.00 petang boleh meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik.
Tarik nafas sedalam mungkin dan hembuskan melalui hidung secara perlahan-lahan. Latihan pernafasan ini sebenarnya dapat membantu mengurangkan ketegangan otot.
Seperti anak-anak kecil, orang dewasa juga perlu mempunyai rutin tidur yang sama setiap malam. Ia supaya dapat memberikan signal kepada otak untuk bersedia tidur. Antara rutin yang sesuai ialah, minum susu atau mandi air suam sebelum tidur.
Emosi yang tidak stabil pada ibu juga boleh mengganggu tidur ibu. Mengalah tak semestinya kalah. Berdamai dengan suami sebelum tidur agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Suami pun perlu juga ambil peranan dek emosi isteri yang tidak stabil ketika ini. Bertimbangrasa dan paparkan rasa kasih sayang kepada isteri. Lagipun, isteri mengandungkan anak suami juga!
Ibu tidak lalu dan tidak boleh minum susu? Boleh makan 4 biji pil ostematrix sebelum tidur. Ia mengandungi kalsium dan magnesium. Kedua-dua vitamin ini membantu memberikan rasa
kelegaan pada ibu sekaligus membolehkan ibu tidur lebih lena.
Seperti yang diketahui mendengar muzik dapat mengurangkan tekanan kepada sesiapa sahaja. Untuk ibu hamil boleh memilih muzik yang yang bersesuaian dengan citarasa anda. Contohnya mendengar alunan muzik klasik yang menenangkan jiwa dan fikiran seperti Beethoven. Ada sesetengah wanita yang memilih untuk mendengar alunan surah pilihan khusus untuk ibu mengandung untuk membantu proses meditasi sebelum tidur.
Selamat mencuba!๐๐

Set Kehamilan Shaklee
Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan pada anda yang sudah hamil๐๐๐
Adakah ini kali pertama anda akan menimang cahaya mata?๐dan mencari supplement tambahan yang sesuai?
SET HAMIL SHAKLEE adalah supplement tambahan yang sesuai untuk anda..jangan risau..semuanya berkhasiat๐..ia terdiri daripada Esp,Vita-Lea,Sustained Release Vitamin C Plus,B-Complex,Ostematrix,dan Omega Guard..
Untuk trimester pertama sebagai permulaan,anda boleh ambil Esp,Vita-Lea,Sustained Release Vitamin C Plus,dan B-Complex..supplement2 ini ada kelebihan tersendiri..
Esp:memberi tenaga&mengstimulasi pengeluaran susu.
---
Vita-Lea:membekalkan zat besi yang penting&membantu
------- pembentukan sel darah merah.
Vitamin C Plus:anti-oksidan&penting untuk
---------- tulang,gigi,&gusi yang sihat.
B-Complex:asid folik&B12 membantu mencegah
-------- kecacatan tiub neutral bagi wanita hamil.
Untuk trimester kedua dan ketiga pula anda hanya tambah ostematrix dan omega guard dan ambil bersama2 supplement2 trimester pertama..๐
Ostematrix:mengelakkan kekejangan&sakit belakang.
--------
Omega Guard:membantu tumbesaran&perkembangan
---------- otak bayi.
Dengan supplement2 ini bukan sahaja kesihatan yang anda akan dapat tetapi kecantikan juga๐๐๐
Sekiranya anda berminat dan ada pertanyaan boleh klik link wasap saya di http://www.wasap.my/601127736340
#sethamilshaklee
#promoesp
#shakleebyummuafnanamsyar
#brightdiamondgroup
Subscribe to:
Comments (Atom)