Bermulanya tugasan baru di BKKIMM. Rasa serba salah dibuatnya. Saya juga syaghal dengan program lain. Hmm..paling dekat dengan saya ialah program Badar Al-Kubra. Program yang menjalinkan ukhwah sesama ahli BKKIMM. Banyak objektif yang ingin ditegakkan. Dalam program ini adalah menerangkan tentang peperangan Badar. Semoga berjalan dengan lancar program ini dengan harapan lebih mempertingkatkan kemantapan ukhuwah. Seperti tema yang telah saya bersama rakan setuju untuk dibentangkan iaitu "Menyusuri Sirah Kemantapan ukhuwah".
Ada lagi satu program iaitu Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru. Itu adalah program yang telah diadakan bagi mahasiswa/wi baru. Selamat datang diucapkan,ahlan wasahlan di bumi Anbiya'. Semoga mereka selesa dengan layanan kami iaitu di barisan AJKT sendiri dan juga ahli-ahli BKKIMM. Segala kekurangan dan kelebihan itu adalah datang daripada Allah S.W.T. Saya mengharapkan kekuatan,ketabahan,kesabaran dan redha dalam kehidupan saya di bumi Nabiya' ini. Semoga Allah makbulkan.Amin,amin,amin,ya Rabbalalamin...
No comments:
Post a Comment