Monday, February 7, 2011

..:Tiada rasa perit:..

Alhamdulillah saya telah sampai di tanah air yang tercinta.Ketika mendengar nama disebut mendapat tempat dalam penerbangan pertama,perasaan saya gembira,sedih,suka,dan duka.Tetapi menjadi lagi sedih apabila ada sebahagian ahli kami tidak dapat penerbangan yang pertama bersabar sahaja.

Ketika berlakunya rusuhan di Mesir,saya dan rakan-rakan tidak merasa gentar tetapi merasakan itu satu cabaran duniawi.Disebalik berlaku rusuhan tersebut,banyak hikmahnya.Kita hidup mestilah ada persefahaman dan saling tolong menolong.

Sementara kami bersiap sedia untuk dihantar ke Jeddah,kami mendengar pelbagai maklumat yang disampaikan namun kami tetap bersabar menanti.Diantara kami ada yang tertanya-tanya bagaimana nasib kami di Mesir ini?? Saya hanya menyatakan kepada mereka harus ada kesabaran.Walau apa pun berlaku,kita tetap ada keperluan lagi selama dua minggu.

Alhamdulillah setelah sampai di Jeddah,kami menunggu sehingga segalanya selesai dan bermulanya perjalanan ke asrama yang dikhaskan untuk kami menginap.Perjalanan kami ke tempat itu mengambil masa selama satu jam dan nama tempat itu adalah Madinatul Hujjaj.Tempat yang menjadi kebiasaan jemaah haji transit sebelum ke Mekah dan pulang ke Malaysia.

Di situ boleh memuatkan seramai 11000 orang pelajar-pelajar Mesir.Alhamdulillah keadaan di sana selesa dan tinggal selama tiga hari.Apabila tiba hari yang dinantikan iaitu hari ahad 6 februari 2011 dan jam 8 malam kami bertolak ke Malaysia.

Perasaan kami semua berasa gembira kerana dapat pulang ke Malaysia.Tidak sabar saya ketika itu untuk berjumpa kedua ibu bapa setelah tiga tahun tidak pulang ke tanah air.Akhirnya sampai di tanah air,kami disambut dengan baik sekali.Bersyukur ke hadrat Ilahi dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Wallahua'lam..

No comments: