Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang
itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang
berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.
Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya,terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumah tangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.
Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan.Seorang lelaki tidak minta
dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk
kepentingan Islam.
No comments:
Post a Comment