Wednesday, May 1, 2024

PLAY VICTIM

Dalam kehidupan ini sepatutnya saling hormat menghormati, belajar tentang adab dengan orang lain.

Zaman sekarang bukan tentang kejayaan, cemerlang, akhlak, cantik rupa paras, bijak, dan pandai yang utama, tetapi Adab.

Ibarat kau nak masuk rumah orang, mesti ada adabkan. Beri salam, ada orang sahut salam jemput masuk rumah baru kita masuk.

Ini tidak, datang tak diundang, beri salam pun tak ada, macam mana tu? 

Kita dah mendiamkan diri dan malas nak ambil tahu apa2 isu yang berbangkit, tapi bila orang dah menyalakan api dan bakar kayu api, maka membaralah api tu kan.

Lagi2 hal keluarga, pleaselah reminder pada diri sendiri. Tak semua orang suka kita, tak semua orang suka tengok kebahagiaan kita, terlebih sikit mula nak meroyan.

Dari awal kahwin, sampai dah ada tiga orang anak tak pernah langsung masuk campur hal keluarga suami. Apa yang berlaku hanya dengar saja, tak pernah peduli apa berlaku. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apatah lagi nak update sesuka hati.

Nama pun manusia, ada salah dan khilaf, tak puas hati cakap baik2 bukan nak tengking2 macam orang tu baru hidup dengan kau. Dia lagi lama hidup dan tak pernah tinggi2 suara pada mak sendiri.

Itulah orang cakap, lagi lama kenal orang lagi tak faham perangai orang tu. Sekarang pun kau masih lagi mengharap suap nasi terus dalam mulut kau, walaupun kau mampu suap sendiri nasi tu, hmmm

Jadi isu besar dan berbalah bila orang yang bukan keluarga, bukan adik beradik suami masuk campur hal2 yang tak berkaitan diri dia pun. That is not your own business kenapa kau nak busy body.

I cannot brain with this people, sebab diri sendiri pun tak boleh beza mana anak buah, sepupu, dan ipar duai. Aku tak nak besarkan isu then aku diam saja.

Semakin hari semakin menjadi2 pula bila tiada jawapan dan balasan status yang dia update. So dia cari perhatian lebih, setiap hari update apa tak puas hati, sebut pulak nama kawan2 dia sorang demi sorang, cakap nak tengok muka lawa ke tak.

Aku tak pernah pun rasa diri aku lawa ke apa ke, tapi setiap ciptaan Allah semua cantik2 belaka. Bila kau rasa diri kau cantik dan bagus dari orang lain bermaksud kau sombong. Sebab merendah2kan orang lain. Kau pun diciptakan dari tanah, nanti masuk juga dalam tanah.

Dia update supaya aku tahu apa berlaku. Tapi aku tak kisah, malas nak fikir sebab bukan hal aku. Bila tak puas hati lagi dengan balasan yang dia dapat, mulalah play victim aku yang mula dulu isu tu.

Dia cakap macam2lah pasal aku padahal baru jek kenal berapa tahun, hidup tak sebumbung pun. Cerita macam dah kenal belasan tahun 🙄

Kau boleh lagi rasa tak bersalah yang kau cerita tu pasal abang ipar kau sendiri. Tiada permohonan maaf pun dari mulut kau.

Walaupun dah lama berlaku, tapi masih segar dalam ingatan apa yang terjadi.

Harap menjadi pengajaran pada orang lain yang baru terima orang luar dalam keluarga supaya kita berhati2 bila berkata2.

Yang Benar,

Hamba Allah

Thursday, February 22, 2024

Tahun baru 2024

 Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Alhamdulillah saya disini baik2 saja ☺️

Masih berkesempatan saya ucapkan selamat tahun baru 2024.

Dah lama sangat tak publish blogger ni kan, post terakhir saya adalah tahun 2021 iaitu tahun yang mencabar bagi saya. 

PKP.. 

Tahun sebelum2 ini sebenarnya banyak perkara yang berlaku cuma belum ada keyakinan untuk bercerita. 

In shaa Allah saya akan kongsikan bersama anda apa yang berlaku. 

Stay tuned yaa 😉

Yang mencoret, 

Insan biasa, hamba Allah

Sunday, June 6, 2021

Ayam goreng berempah

Betapa enaknya dapat makan ayam goreng berempah.

Lazat sehingga menjilat jari seperti makan ayam kfc.

Paling sedap adalah masakan maklah dari kecil sehingga dewasa kami merasainya bersama tidak kira masa.

Tetapi musim pkp 3.0 ini nak merasa air tangan mak tak dapat dan susah jom kita buat ayam goreng berempah resepi air tangan mak yang sangat lazat dan enak.

Apa bahan-bahan yang diperlukan?

Mudah sahaja..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dibersihkan & dipotong bebas 

1.5 sudu besar halia 

pes bawang putih

2-3 sudu besar serbuk cili (saya menggunakan serbuk cili+kunyit)

1/2 sudu kecil garam masala

3/4 sudu kecil serbuk kunyit

1/2 sudu kecil serbuk ketumbar

1/2 sudu teh biji adas 1 biji telur

Garam

1.5 sudu besar Jus dari 1 biji limau nipis

3 - 4 sudu besar tepung Kentucky

2 helai daun kari

Minyak

Cara-cara memasak:



✔ Dalam mangkuk, perap semua bahan di atas kecuali minyak selama 1 jam atau lebih lama.


✔ Goreng kepingan ayam yang telah diperap bersama daun kari hingga masak.

✔ Tiriskan minyak berlebihan.

✔ Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

Anda boleh menggunakan tepung goreng ayam. ✌🏻 

Pastikan ayam yang telah dibersihkan kering sebelum dicampurkan dengan bahan perap. ✌🏻

Wednesday, May 20, 2020

MATA PUN SAMA PERLU SETIA

Notifikasi Whatsapp. Lelaki awal 30-an itu buka dan lihat. Oh, mesej dari isterinya.

Akhir-akhir ini, hampir setiap hari isterinya hantar gambar-gambarnya. Tak kiralah waktu di pejabat, waktu keluar dari rumah. Ke mana saja dia pergi, pasti isterinya itu akan hantar gambar.

Genaplah dua bulan isterinya berperangai begitu. Lelaki itu rasa, sebagai suami dia patut bertanyakan isterinya. Sebab, dia dah penat delete gambar-gambar yang memenuhi galeri henfonnya.

"Awak dah kenapa sebenarnya? 

Setiap hari mesti awak hantar gambar. Lepas hantar gambar, awak suruh saya komen pula. Bila saya tak komen, awak merajuk. Bila saya kata tak lawa, awak merajuk lagi teruk.

Lima tahun kita kahwin, awak tak pernah macam ni. Awak ada masalah ke?"

Isterinya itu diam. Duduk depan suaminya. Kemudian, membalas ringkas,

"Kenapa, abang tak suka ke?"

Suaminya itu mood tak berapa elok. Dijawabnya secara terus,

"Rimaslah. Masa dekat pejabat pun nak hantar gambar. Awak tak payah hantar gambar pun takpe. 

Kita dah kahwin, kan? Abang boleh balik tengok sendiri isteri abang ni di rumah. 

Ni awak hantar macam-macam pesen gambar. Awak hantar gambar awak mekap tebal, gambar awak lukis kening tebal, mekap gaya Korea. Lepas tu, buat macam-macam gaya rambut. Panjang, pendek, ikal mayang, kerinting, rebonding semua awak buat.

Pakaian, semua awak try dari jeans, t-shirt budak-budak sampailah baju-baju model dalam Instagram tu semua awak nak beli, pakai dan tunjuk dekat saya.

Tu tak sebut lagi jenis tudung yang awak try. Belit tak belit, satin tak satin semua ada.

Kenapa jadi macam ni? 

Abang tak ada mengurat sesiapa pun."

Isterinya itu terus menangis. Dengan air mata berlinangan, dia berkata,

"Saya buat semua ini untuk abang. Untuk jaga mata abang. 

Bukan saya tak tahu, abang di pejabat abang online Facebook, online Instagram, layan Twitter. Saya nampak status-status abang update. Saya nampak gambar-gambar yang abang like.

Abang memang tak mengurat. Tapi, abang tak jaga mata abang. Abang tengok gambar-gambar wanita gedik di media sosial. Abang cuci mata puas-puas seperti abang seorang bujang. 

Jadi, saya belanjakan sebahagian duit gaji saya untuk berhias. Saya tak berhias di luar rumah, saya cuma pakai di dalam rumah. Abang suka tengok wanita pakai ketat-ketat, saya pun boleh pakai. Abang suka tengok wanita-wanita jual tudung, saya pun boleh gayakan tudung sebagaimana mereka. Abang suka yang melukis kening, saya pun boleh. Abang suka yang berkulit putih melepak, saya pun dah consume ubat kecantikan sampai dah jadi putih gebu untuk abang. Abang suka tengok yang berpurdah, saya berpurdah untuk abang.

Saya tak mampu nak suruh semua wanita di media sosial itu berhenti bergedik, berhenti berlumba menayangkan kecantikan masing-masing. Berhenti dari bertabarruj. Berhenti jadi cantik demi populariti dan hurungan mata lelaki.

Saya cuma mampu jaga suami sendiri. Mata suami saya."

Suaminya itu tersentak mendengar jawapan si isteri. Dia terasa hati dan bangun dari tempat duduk, tapi segera diraih tangannya oleh isterinya.

"Maafkan saya.

Cita-cita abang dulu sebelum nikah adalah untuk ke Jannah. Ada isteri solehah. Inilah yang saya cuba lakukan untuk abang. Saya tak dapat jadi isteri solehah bila saya biarkan saja suami sendiri menjamu mata dengan melihat yang haram.

Sedangkan dia ada yang halal. Ada yang sah.

Abang, saya tak mampu sentiasa cantikkan diri untuk abang. Suatu hari, saya akan menjadi wanita tua berusia. Kulit saya akan kusam dan berkedut. Hidung saya akan sedikit jatuh, kelopak mata akan layu. 

Maka, lihatlah saya ketika saya masih mampu cantik untuk abang. 

Dulu, abang pilih saya sebagai isteri dan abang kata sayalah yang paling cantik di mata abang.

Jika saya yang tercantik di mata abang, buktikan dengan setiakan mata abang pada yang satu ini.

Bila suatu hari nanti saya dah tak lagi terlihat cantik di mata abang, mohon ada sedikit ruang dalam mata hati abang untuk masih menghargai diri ini.

Pada saya seorang wanita, sebagai isteri abang, hanya suaminya sahajalah yang teristimewa di mata. 

Tiada lagi lelaki selainnya."

Isterinya itu menitiskan air mata sambil menyalami tangan suaminya. Lelaki itu mulai menyedari silapnya;

Nafsu mata tiada sudahnya. Imanlah jadi tembok tingginya. Isteri solehahlah pengawalnya. 

Mata lelaki, walau sudah bernikah, bila selalu dibiarkan, akhirnya kamu para isteri yang akan terbiar dan dibiarkan. Bila tiada siapa mahu menjadi penjaga, maka syaitanlah yang akan mengambil tempatnya.

Bukan hati saja perlu setia.

Mata pun sama.

~ Karya Muhammad Rusydi ~

Sunday, October 20, 2019

Ayam Pedas Ala Korea / Korean Hot Spicy Chicken

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ramai yang mencari2 resepi makanan korea kan, tak dapat nak menikmati dekat korea pun kita masih boleh menikmati di rumah dan boleh buat sendiri makanan ala korea.

Banyak resepi yang saya dah cuba, cuma hari ni saya nak kongsikan menu Ayam Pedas Ala Korea / Korean Hot Spicy Chicken. Alhamdulillah menjadi saya buat walaupun tak buat banyak pun.


Bahan-bahan perapan :
4 Ketul kepak ayam
1 Inci halia-dikisar
3 Ulas bawang putih-dikisar
Sedikit lada hitam
Sedikit Garam

Bahan-bahan salut ayam&goreng :
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan tepung jagung
Minyak masak

CARANYA

1. Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).

2. Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.

3. Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.

4. Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

5. Ketepikan.

Bahan-bahan sos ayam :
4 Sudu besar sos tomato
4 Sudu besar sos cili
3 Sudu besar madu
2 Sudu besar gula
3 Ulas bawang putih-dihiris
3 Sudu besar cili kisar
1/2 biji air perahan lemon
Sedikit garam

CARANYA

1. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.

2. Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.

3. Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata.

5. Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disanggai.

Selamat Mencuba 😍

Tuesday, March 26, 2019

JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE, BAGAIMANA?

A) Kelebihan menjadi ahli Shaklee:

1. Mendapat harga ahli dengan untung runcit sebanyak 15%-20% diskaun.

2. Berpeluang mendapat bonus peribadi bermula dari 5%-21%, sama ada makan sendiri atau kongsi manfaat dan jual pada kenalan dan keluarga.

3. Mendapat promosi khas untuk distributor atau yang menjadi ahli shaklee makan sendiri.

B ) Mendaftar ahli shaklee:

1. Yuran Murah:

Yuran pendaftaran sebanyak rm75 dan dapat starter kit yang mengandungi info berkaitan Shaklee.

👉Ada dua cara untuk daftar:

1) Bayar rm75, buat belian, dan dapat starter kit.
2) Hanya buat belian sebanyak 100uv-200uv, free membership, dan dapat starter kit.


2. Produk Unggul Pada Harga Terendah:
Belian produk pada harga ahli untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

3. Sistem:
Anda boleh melayari web untuk semua urusan berkaitan belian produk, semakan nombor penghantaran parcel, info terkini, dan info produk.


👉Mudah saja, hanya dihujung jari😊

C) Minat nak jana pendapatan extra gemok bersama Shaklee, anda dapat:

1. Slip Bonus/Payslip Gaji Shaklee:
Selain untung runcit atas jualan produk, anda juga layak mendapat bonus tunai yang akan diberikan setiap bulan pada 14hb.

👉Slip Bonus Shaklee laku dan sah (lebih kurang macam loan) digunakan di bank untuk membuat pinjaman perumahan, belian kereta, dan lain2.
👉Ramai orang gov buat loan kereta kedua dan rumah kedua mereka.
👉Bonus ikut berapa uv sales sebulan.


2. Car Bonus/Bonus Kereta(pencen seumur hidup):
Bonus yang diberikan secara tunai setiap bulan jika mencapai target jualan.

👉Bukan dapat kereta sebiji, tapi bulan2 shaklee bayar duit kereta kalau kita beli kereta sehingga servis lagi💃
👉Ada yang akan dapat dua pencen:
1) Kerajaan
2) Shaklee


Best tak?

3. Trip Mewah:
Berpeluang mendapat trip pelancongan ke luar negara, ada dua trip :
1. Regional Trip : tahun ni last trip ke Phuket, tahun depan kita ke Seoul, Korea.
2. International Trip(cruise) : tahun ni Las Vegas, tahun depan Switzerland.

Nak ikut ? semua shaklee sponsor tapi ada peraturannya 😊

Switzerland


Korea


4. Anugerah:
National Conference diadakan setiap tahun bagi meraikan ahli.

👉Boleh bawak suami, anak2, mak, ayah.
👉Naik stage ambil anugerah bersama suami dan anak2


Seronoknyerr!💃

5. Team Yang Terlampau Hebat:
👉Mentor yang fokus memimbing kita secara offline dan online.
👉Golongan professional yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti cikgu, engineer, doktor, pharmacist, dan nutritionist yang boleh dijadikan sumber rujukan.


6. Kelas Online:
Tajuk2 menarik yang akan dikongsikan kepada anda secara Percuma setiap hari oleh leader yang telah berjaya.

👉Wasap
👉Telegram
👉Fb Live


7. Coaching A to Z:
👉Personal Coaching
👉Group Coaching
👉Live Coaching
👉Dari iklan fb hingga close sale
👉Ada yang dapat buat sale dalam masa 6 dan 15 hari 10K


8. Travel:
👉Umrah atau Haji sambil ziarah(disediakan hotel 5 star)-bulan 2 tau 3 sebelum ni ziarah Istanbul dan menunaikan umrah(shaklee sponsor).
👉Boleh bawak mak, ayah, suami, anak2


Dan banyak lagi boleh kita dapat..yang best cash reward dari shaklee..💰💰💰

Yang penting Shaklee Patuh Syariah!

Nak join team hebat kami?

Roger terus 0177202849

#Shakleeoffer
#jutawanOFG
#AprilFullMoneyOfg
#raudhatuljannahbisnes

Tuesday, November 27, 2018

Abu Ubaidah Al-Jarrah

Abu Ubaidah Al Jarrah

Buat pertama kali suami minta ummi yang berikan nama anak..
Anak pertama dan kedua suami yang bagi nama..
Kalini lah ringkas namanya..

Bak kata kawan ummi, penutup bagi nama arab..
Puaslah nak cari nama apa yang sesuai..sebab memang tak sedia nama lagi..
Masa mengandung semua ingat anak perempuan, sampai ummi pun jadi pening😂

Tup2 Allah bagi anak lelaki jugak..alhamdulillah..
tak kisah anak perempuan atau lelaki, asalkan dia sihat, dan menjadi anak yang soleh/solehah..

Ummi TTA agar diberi nama yang sesuai masa tengah cari2 nama anak, maka terpilihlah nama Abu Ubaidah Al Jarrah..tapi suami dan lain2 cakap panjang, jadi kita ambil Abu Ubaidah sahaja..tersangatlah istimewa nama ni buat anak ummi yang sorang😍

Disebalik namanya terselit kisah yang menarik⤵️

Abu Ubaidah bin al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad dan Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr serta keluarganya dari kalangan pedagang Arab..

Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal masuk islam selepas Abu Bakar As Siddiq dan dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah, dan kemudian ke Madinah..

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu..kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam, dan kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Beliau memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam..

Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq..

Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan dua kalimah syahadat di hadapan Baginda..

Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Agama Islam..

Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya, namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah s.a.w..

Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Uhud. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah s.a.w..

Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika dalam peperangan Uhud Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22.

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوْ كَانُوٓا۟ ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوَٰنَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ حِزْبُ ٱللَّهِ ۚ أَلَآ
.إِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

Maksudnya:

22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Sifat Mulia

Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.

Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika datang sebuah delegasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah s.a.w.. Mereka mengatakan, “Ya Abul Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi.” Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini petang nanti, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang gagah dan jujur.”

Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, “Saya berangkat tergesa-gesa untuk menunaikan solat Zohor, sama sekali bukan kerana ingin ditunjuk sebagai delegasi. Setelah Rasulullah selesai mengimami solat Zohor bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kes yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja. Lalu Saidina Umar bertanya kepadanya:

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.

Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Sepeninggalan Rasulullah s.a.w., Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Tsaqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab: Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah s.a.w. menjadi imam kita di waktu solat (iaitu Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra), oleh sebab itu kita patut menjadikannya imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w.

Peperangan Yang Disertai

Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu memperolehi kemenangan besar dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berjaya menakluk semua negeri tersebut.

Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah Umar bin Al-Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi,

“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”

Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau berpesan kepada tenteranya, Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.

Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Kematiannya

Abu Ubaidah Al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam, kerana diserang penyakit taun.

Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi.

Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Beliau di kebumikan di Urdun (Jordan).

Wallahua'lam..

FB: Ummu Afnan Amsyar
IG: ummuafnanamsyar

Whatsapp: 0177202849

Biodata Rasulullah S.A.W


🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir* :_Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚Maimunah Binti Harith.
💚Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin';Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga"(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA:

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Wallahua'lam..

Friday, October 5, 2018

DETOX, KESIHATAN LEBIH BAIK ATAU TIDAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk hari ini saya nak kongsi kan bersama anda kepentingan detox.


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Apa itu Detox?

Detox adalah proses penyingkiran toksin atau membuang toksin atau nyah toksin daripada tubuh badan kita. Dalam badan kita ada sistem detox sendiri iaitu hati,usus,dan ginjal.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan membantu kita membuang segala toksin yang selama ini bertakung.


Apa itu Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja sama ada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan kita adalah seperti sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, badan berbau, insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah, daya ingatan tumpuan yang lemah, rasa cemas, alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah, masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut, masalah sendi, masalah kulit, Selulit, dan kenaikan berat badan.


Kenapa perlu detox?

1. Menjadikan kita lebih sihat, bertenaga, dan fokus. Contohnya terlalu mengantuk ketika memandu, dan tak boleh fokus masa dalam meeting, padahal kita rasa dah cukup tidur waktu malam.

2. Mengurangkan craving atau mengidam terhadap benda-benda manis dan nafsu mahu makan banyak. Contohnya nak makan nasi banyak dalam satu masa.

3. Sistem penghadaman menjadi lebih lancar, dan bebas daripada masalah sembelit dan buasir. Sembelit ni bukanlah perkara yang biasa kita dengar. Contohnya dia rasa nak membuang tetapi prosesnya lambat dan boleh akibatkan buasir.

4. Bad breath no more! Iaitu nafas lebih segar dan tak berbau. Contohnya dah gosok gigi lima kali sehari, kadang-kadang lebih, tapi tetap berbau juga.

5. Kulit bebas jerawat, eczema, resdung, alergi, masalah kulit kronik, kulit muka lebih segar, dan berseri. Contohnya kulit breakout teruk dan berparut.

6. Mengelak daripada penyakit-penyakit kronik. Contohnya kencing manis, darah tinggi, dan jantung.

Doktor sendiri telah mengesyorkan kita supaya berdetox.

Kemudian, kita mesti makan makanan yang berkhasiat seperti memperbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, sedikit protein, dan lemak haiwan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk membuat senaman dan mengambil vitamin yang sesuai untuk badan kita.

Detox juga penambah baikan kesihatan tubuh badan, melambatkan kesan penuaan, dan membaiki kulit kita.

Jadi kita wajib tahu potion dalam makanan kita


dan kesan daripada program Detox tersebut. Kebiasaan Detox yang berkesan adalah seawal tiga hari.

Wow! Macam tak percaya dengan keberkesanan Detox kita boleh sihat dan cergas seawal tiga hari.

Bila dah Detox jangan pula kita hentam makan makanan yang tak berkhasiat seperti makan makanan segera dan makanan yang diproses, seperti meggi, candy, cookies, McDonald, KFC, donat, hotdogs, nugget, dan air gas.


Suplemen Detox ada 5:

1. Vivix


Rejuvenate cells atau bertindak di peringkat sel untuk melindungi dari radikal bebas dan melambatkan penuaan.

2. Alfalfa


Agen Detox darah atau cuci darah, toksin akani keluar melalui air kencing dan merendahkan paras kolesterol.

3. Dtx Complex


Membantu meningkatkan fungsi hati, dan membantu mobilise glycogen supaya tidak disimpan menjadi lemak.

4. Herblax


Membantu membersihkan usus supaya toksin didalam usus dibuang sepenuhnya dan nutrien makanan dapat diserap dengan baik.

5. Peppermint Ginger Plus


Membantu membuang angin, penghadaman, danamun mengurangkan loya.

Permulaan untuk orang nak kurus dan berdetox boleh ambil Alfalfa dan Herblax.

Ada bajet lebih boleh tambah Dtx Complex, Peppermint Ginger Plus atau Vivix sahaja.

Buatlah Detox selama 14 hari dan in shaa Allah tidak akan adanya penyakit penyakit kronik seperti kencing manis, batu karang, dan darah tinggi.

Jadi Amalkan lah amalan pemakanan yang sihat dan suplimen untuk kesihatan yang baik.

Jika tak sihat, bagaimana kita nak menghadapi untuk masa masa akan datang?

Jalan jalan mencari teman,
Untuk si bunga taman melati,
Pilihlah vitamin mana yang berkenan,
Agar sihat hingga tua nanti.

Nak sihat? Jom kita berdetox dan bersenam😊

Pengedar Shaklee Melaka 
Siti
Shaklee Independant Distributor
0172203221

Tuesday, September 25, 2018

Isteri Yang ‘Boros’ Menjadikan Rezeki Suami Lebih Bertambah. Mesti Baca. Tak Percaya Cubalah Amalkan.

Dalam setiap perhubungan, lagi-lagi bagi yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti tidak akan pernah lari dari prmasalahan sebegini. Jika mendapat isteri yang pandai berjimat itu sudah bonus dalam kehidupan. Tapi jika dapat isteri yang gemar boros dalam berbelanja macam mana pula?

Mengikut kajian, lelaki yang memiliki isteri yang berperangai suka bermewah ini akan mendapat kesenangan dalam kehidupan yang akan datang. Andai kata dapat isteri yang sikap borosnya melampau-lampau bagaimana?

Sekiranya seorang suami itu berkira memberi keperluan ataupun wang belanja kepada isteri, rezekinya juga akan menjadi sempit dan tidak pernah cukup, walaupun dia bekerja keras siang dan malam. Ini kerana jika si isteri rasa bahagia dengan apa yang telah disediakan oleh si suami, disitu jugalah terletaknya rezeki yang datang melimpah ruah tanpa anda sangkakan.

Semakin boros si isteri, semmakin banyak rezeki yang si suami akan dapat. Semakin kita berjimat. semakin itu juga kita kan rasa semakin kedekut dan berkira.

Janganlah pula kamu terkejut jika rezeki yang kamu dapat seperti itu saja. Semakin banyak kita mengeluarkan rezeki ke jalan Allah semakin lancarlah rezeki kamu nanti. Insha Allah Allah akan menampah berkali ganda rezeki kepada kamu dan setiap harta yang kamu belanjakan. Gunakan rezeki yang ada dengan sebaik-baiknya.

Sentiasalah berkongsi rezeki kerana dengan berkongsi harta anda tidak akan pernah hilang malah dengan hasil perkongsian, kita akan mendapat dua kali ganda keuntungan. Bagi yang masih tidak mempercayai, sebolehnya anda cuba dulu dan rasai sendiri ketenangannya.

Buat para suami di luar sana, janganlah kamu berkira sangat dengan isteri jika kamu menginginkan rezeki yang melimpah ruah. Pada masa yang sama, kita juga seharusnya melihat sikap isteri yang boleh melancarkan rezeki para suami juga.

Disini juga kami kongsikan beberapa penerangan tentang sikap si isteri yang boleh mendatangkan rezeki buat si suami. Berikut merupakan sifat-sifat isteri yang boleh mendatangkan rezeki untuk suami.

Memiliki seorang isteri yang solehah adalah menjadi idaman setiap lelaki. Walau seburuk mana perangai lelaki itu, sudah pasti ia menginginkan isteri yang solehah. Bagi lelaki yang ditemukan dnagn seorang wanita seperti itu, ia sudah dianggap sebagai bonus dari Allah Swt.

Satu nasihat buat para suami-suami di luar sana. “Sentiasalah mengembirakan hati isteri, Nescaya ia boleh memberikan rezeki”. Berikut adalah sifat-sifat bagi seorang isteri yang boleh mendatangkan rezeki kepada suaminya.

Taat pada perintah Allah Swt dan Rasul. Setiap wanita yang taat dengan segala suruhan Allah dan Nabi ia akan sentiasa memberikan ketenangan dan turut membawa ke syurga.

Suasana rumah yang aman dan tenang dan selesa adalah kunci utama yang sangat berharga. Dengan adanya kehadiran seorang suami yang beramal soleh juga boleh memgiringi isteri yang solehah dan membuat keadaan rumah menjadi semakin berseri dan dilimpahi keberkatan. Mendidik anak-anak yang soleh dan solehah juga dapat rahmat yang banyak dari Allah Swt.

1. Wanita yang Taat kepada suami.

Setiap wanita yang sudah bergelar isteri wajib mematuhi segala arahan suami selagi tidak bertentangan dengan agama. Seorang isteri harus taat kepada suami supaya suami sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan aman dalam tugasnya mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarganya. Bagi wanita yang mempunyai kerjaya sendiri juga dibolehkan asalkan mendapat keizinan dari suami dan menjaga maruah diri dan menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri.

“Lelaki adalah pemimpin tertinggi wanita kerana Allah telah mengalahkan sebahagian daripada mereka (lelaki) ke atas yang lain (perempuan) dan untuk tujuan apa yang mereka (lelaki) menghabiskan dari kekayaan mereka. Kemudian wanita-wanita yang soleh adalah taat lagi menjaga diri mereka di belakang suami mereka sebagaimana Allah telah menyembuhkannya, “(Q.S. An Nisa: 34).

2. Wanita yang melayan suaminya dengan baik

Tugas yang sangat penting yang harus dilakukan oleh para isteri adalah melakukan sebaik yang mungkin dari rumah. Cara melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Contoh bagi seorang isteri yang melayan suaminya dengan baik adalah seperti menyediakan makan dan minum termasuk menyediakan segala keperluannya. Memenuhi hak yang harus didapatkan oleh seorang suami. Apa yang lebih penting adalah sentiasa menjaga perasaan suami agar suami tidak akan tersa hati dengan perbuatan kita sebagai isteri.

Ciri-ciri wanita seperti inilah yang menjadi idaman setiap lelaki yang bergelar suami. Pada masa yang sama ia boleh menjadi sebagai rakan baik dalam melayari bahtera yang penuh dengan ujian. Sentiasalah menarik aura positif di dalam suasana rumah termasuklah rezeki untuk suami.

3. Wanita yang berhias cantik semata-mata untuk suaminya saja

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah,” (H.R. Muslim).

Sudah menjadi sifat wanita sejak azali lagi sukakan perhiasan dan kecantikan. Tapi bagi wanita yang solehah, dia hanya akan berhias dan kelihatan cantik hanya di depan suaminya saja. Bagi wanita yang selalu dilihat kelihatan bersenang lenang mereka akan tahu bagaimana ingin menyenangkan hati suaminya. Malaikat juga akan turut mendoakan serta memudahkan datangna rezeki kepadanya.

4. Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dan harta suami

Sekiranya seorang suami keluar rumah untuk menjalankan tugasnya mencari nafkah yang halal dan pada masa yang sama si isteri juga tutut meninggalkan rumah tapi dia seharunya pandai menjaga kehormatan dirinya daripada orang asing. Kepercayaan yang diberikan suami kepadanya seharusnya digunakan ke jalan yang lebih memberikan manfaat dengan keizinan dari suami. Wanita seperti itulah yang turut memudahkan perjalanan rezeki menjadi lebih mudah dan lancar ke dalam rumah dan boleh dianggap sebagai hadiah kepada Allah di atas kesetiaan dan kejujuran terhadap suaminya.

5. Wanita yang sentiasa meminta keredhaan dari suami

Sifat wanita seperti ini adalah sangat memahami dan tahu bagaimana untuk menyenangkan hati suaminya. Untuk mengekalkan sikap dan tingkah laku supaya suaminya tidak akan terasa dan menguris perasaan suaminya. Dia juga akan sentiasa berjaga-jaga supaya suami tidak menyimpan perasaan marah terhadapnya. Jika dia ada membuat salah, isteri yang baik tidak akan terus tidurmalah dia akan meminta maaf dahulu kepada suami atas perbuatannya. Sentiasa memberikan pendidikan yang berguna kepada anak-anak serta merahsiakan aib keluarga dari orang lain.

“Bolehkah anda beritahu isteri-isteri syurgawi isteri-isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suami mereka, jika suami mereka marah datang kepada suaminya dan meletakkan tangannya pada suaminya dan berkata” Saya tidak dapat tidur sebelum kamu bahagia, “(HR An Nasai).

Ciri-ciri isteri seperti inilah yang boleh memudahkan rezeki melalui tapak tangan suaminya disebabkan kesetiaan dan kejujuran terhadap suami.

6. Wanita yang sentiasa menerima pemberian suami dengan hati yang ikhlas

Wanita yang baik, dia tidak akan pernah merungut tentang rezeki yang dibawa pulang oleh si suami. Dia akan sentiasa menerima dengan hati yang terbuka dan akan menghargai setiap pemberian suami kepadanya. Sudah pasti ramai wanita yang turut bersyukur walaupun apa yang diberikan tidak seperti yang diharap. Allah Swt juga telah berjanji, andai kita bersyukur dengan apa yang telah diberi, dia akan meningkatkan lagi rezeki yang melimpah kepada kita.

7. Wanita yang boleh menjadi pasangan untuk meraih redha Allah

Bagi wanita yang menjadikan rumahnya tempat untuk beramal ibadah dan memberikan seluruh kesetiaan kepada Allah Swt. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teman untuk berbincang sangat sesuai dengan suami. Cara penyampaian yang lembut apabila membetulkan sesuatu.

Apabila suami menyampaikan nasihat dan pesan, sebagai seorang isteri kita seharusnya memberi perhatian kepada kata-kata suami dengan penuh minat. Sebelum menjalankan amalan sunnah seperti berpuasa sunat, seharusnya meminta keizinan dari suami dahulu. Jika suami tidak membenarkan maka janganlah isteri melakukannya juga.

Sentiasa menjadi sumber motivasi untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu ada fasa yang mengatakan ” Di sebalik kejayaan lelaki dengan adanya seorang wanita yang hebat dibelakangnya”. Dengan adanya wanita seperti ini, ia menjadi tulang belakang dan menjadi rezeki utama untuk suaminya.

8. Wanita yang tidak pernah berhenti berdoa untuk suaminya

Wanita yang sentiasa bersyukur adalah jenis wanita yang sentiasa menerima semua apa kehendak Allah Swt. Wanita yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak dan suami. Wanita seperti ini juga tidak akan pernah putus untuk berdoa dan menjadikan perbuatan itu sebagai rutin hariannya. Wanita seperti ini juga percaya akan rezeki yang diberikan kepada suaminya dan diberkati.

........................

Seorang suami yang bertuah saja akan memiliki ciri-ciri seperti di atas. Andainya masih ada di antara isteri-isteri di luar sana yang masih belum mempunyai seperti berikut, suami haruslah memainkan peranan yang penting dan didik dan pimpinlah isteri anda ke arah yang diredhai Allah Swt. Tanggungjawab sebagai suami adalah sangat besar dan di akhirat nanti sudah pasti anda akan disoal mengenai perkara yang melibatkan isteri. Wallahualam.

Disampaikan oleh Ustazah Nur Hafizah Musa

Sunday, May 20, 2018

Anak-anak picky eater??

Bila masak bubur ada sayur hijau,

masak telur dadar ada bawang merah..

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Kisah 1:

Afnan: ummi, tak nak lah nii(tunjuk sayur bayam).

Ummi: makanlah..nak jadi macam popeye tak? dia makan bayam ni jadi kuat.

Afnan: tak naklah (lari ke tempat lain)

Jadi ummi pun masak bubur dengan sayur lobak merah dan afnan makan..
-------------------------------------
Kalau Amsyar dia masa2 camni tolak kayu dan batu jek😂

Semua nak masuk mulut..bagilah makan apa2 pun tapi berhati2..

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Kisah 2:

Ummi: makanlah telur dengan bawang sekali.

Afnan: ish, tak sedaplah! masam..

Ummi: sedap tuuu..

Dia keluarkan bawang2 tu dari telur dan ambil telur masuk dalam mulut.

-------------------------------------
Anak2 ni kene ajar macam2 baru dia tak memilih makanan..

Kalau masak makaroni, laju jugak makan, seronok tengokkann..

Kalau anak2 suka makan banyak sangat junk food, kene bagi dia makan vitamin..

sebab kurang pottasium dalam badan..macam mana nak tau anak2 kurang

pottasium? bila dia suka sangat makan makanan ringan😊

Jadi bagi mealshake untuk anak2 yang picky eater..

buatlah macam2 resepi, pasti anak2 suka dan boleh menahan lapar dibulan ramadhan ini..

😋😋😋

01127736340

#mealshake
#byummuafnanamsyar
#raudhatuljannahbisnes

Monday, January 29, 2018

Kesan Pemakanan Kanak-Kanak Yang Kurang Sihat

Kajian mendapati Kanak-kanak yang makan dengan amalan permakanan yang kurang sihat lebih cenderung untuk menghidapi masalah kesihatan dan komplikasi pada jangka masa panjang,

✅Osteoporosis ketika meningkat dewasa

✅Penyakit jantung. Membesar dengan makan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan aterosklerosis sebagai orang dewasa

✅Kencing manis jenis 2, yang pada anak-anak dikaitkan dengan kelebihan berat badan, secara fizikal tidak aktif, dan mempunyai sejarah keluarga diabetes

✅Masalah pernafasan tertentu, seperti asma pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan

✅Komplikasi kelebihan berat badan termasuk masalah hati, masalah dengan perkembangan pinggul (epiphysis femoral modal yang tergelincir) atau pertumbuhan tulang pada kaki, batu empedu, masalah akil baligh

Rujukan

https://www.webmd.com/search/search_results/default.aspx?query=children+lack+of+nutrients


Sebarang pertanyaan dan info terus hubungi saya
di 01127736340 siti fatimah.

Saya akan beri cadangan vitamin yang sesuai untuk anak anda😊

Kenapa saya? kerana saya akan consult kepada anda cara-cara makan yang betul serta akan menjawab lebih detail sebarang pertanyaan.

*Pesanan: jika anak anda mengalami sebarang kesakitan yang kronik,sila berjumpa dengan doktor pakar anda, kemudian berjumpa dengan saya dan saya akan memberi cadangan yang terbaik buat anak-anak anda😍

Terima Kasih kerana sudi ziarah teratak buruk saya ini.