"Allahumma zidnaa walaa tanqusnaa,waakramnaa walaa tuhinnaa,waa'thoinaa walaa tahrimnaa waasirnaa walaa tuassir 'alaina waardhinaa waardhi 'anna"...
bermakdud:'Ya Allah,tambahilah nikmat kepada kami dan jangan kurangi,muliakanlah kami dan jangan dihinakan,anugerahilah kami dan jangan ditegah,utamakanlah kami dan jangan ketepikan,dan redhailah kami dan senangkan hati kami'...
Mencari keredhaan Allah adalah impian semua orang termasuk diri ini. Status redha bermakna menerima seadanya tetapi bukan bermakna berputus asa. Selagi hayat dikandung badan, harus teruskan perjuangan tanpa menoleh lagi ke belakang.
Redhakah aku?? Pernahkah anda menimbulkan persoalan ini?? Dimanakah letaknya keredhaan itu?? Tepuk dada tanya Iman..
Hari berlalu dengan pantas. Manusia diuji dengan berbolak-balik hatinya. Sedar atau tidak sedar, umur semakin meningkat dan semakin tua. Tanah yang gersang menanti bilakah ada orang yang ingin menggalinya..
Masa hidup hanya ditemani keredhaan, tidak kira apa pun yang berlaku, jatuh atau bangun, tinggi atau rendah.
Jauh disudut hati masih lagi mencari, redahakah aku??
Ilmulah segala-galanya..apabila berusaha ditambah berdoa ditambah lagi istiqamah dan ditambah pula tawakal, insyaAllah kejayaan yang datang. Janji Allah pasti berlaku..apabila Allah berfirman jadilah, maka jadilah.
Sebelum ini ada kegagalan, redha jawapannya. Tetapi kegagalan itu bukanlah selama-lamanya, hanya sementara waktu sahaja. Dengan ketabahan, keredhaan, tidak akan berputus asa, teruskan jua walaupun pelbagai onak duri didalam atma ini.
Keredhaan Allah adalah terletaknya pada keredhaan kedua ibu bapa yang telah membesarkan dan medidik kita sejak dari kecil lagi. Keredhaan ini adalah yang dicari. Tanpa keredhaan mereka, adakah tenang kehidupan kita?? adakah bahagia hidup kita??
Doa agar dihilangkan perasaan sedih:-
"Alhamdulillahillazi azhaba 'annal hazna inna rabbanaa laghafuurun syakuur"
maksudnya:"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami.Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri".
Amin,amin,amin,Ya Rabbal'alamin...
No comments:
Post a Comment