Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" Ali Imran (3:185)
Pengalaman mengajarku erti kehidupan walaupun perit,ku telan jua. Seringkali terjatuh,namun tidak semestinya akan jatuh lagi. Kepayahan yang melanda diri,kini ku menghayati langkah demi langkah takut akan tersadung lagi.
Mimpi yang sering kuharapkan menjadi kenyataan namun tidak kesampaian. Ya Allah,inginku hentikan langkah ini bagaikan aku tidak mampu untuk bertahan,semangatku tenggelam lemah tidak bermaya,namun hati ini berbisik inilah dugaan.
Kini mataku terbuka luas adanya hikmah dugaan dengan menguji keimananku. Tidak akan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insani. Ya Allah,pimpinlah daku untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini,cekalkan hati dan semangatku,kurniakan ketabahan agar menjadi kenyataan.
Ku mengharap pada-Mu ya Allah...terimalah taubatku,ampunilah dosa-dosaku,sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jika jodohku telah ada,telah tetap tarikhnya untuk diijabkan,diri ini REDHA dengan ketentuan-Mu. Namun mestilah ada persediaan sebelum diijab kabulkan. Berilah peluang padaku ya Allah untuk persediaan itu kerana 'tunangku' sering berkunjung tiba aku tidak terdaya lagi.
Ampunilah dosa-dosaku...amin,amin,amin ya Rabbalalamin...
No comments:
Post a Comment