Wednesday, October 27, 2010

..:Jaulah Maqam Auliya' Di Bumi Mesir:..

Pada 23 Oktober 2010,Unit Perhubungan,Sambutan dan Rehlah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan jaulah Maqam para Auliya' sekitar Kaherah di bahagian akhawat. Maka pada kali ini, saya mengambil kesempatan untuk pergi bersama-sama sahabat-sahabat yang ingin pulang ke tanah air. Di samping itu, kami disediakan 5 orang musyrif dari kalangan ikhwah dan juga makanan dari unit ekonomi.

Sekitar jam 8.00 pagi kami telah bertolak ke destinasi. Alhamdulillah, jaulah ziarah Maqam pada kali ini agak memberansangkan kerana adanya mahasiswi-mahasiswi baru dan lama. Antara Maqam-Maqam yang kami ziarah adalah Maqam Syeikh Sidi Al-Ghamiri, Maqam Syeikh Zakaria Al-Ansouri, Maqam Imam Syafie, dan Maqam Saiyidah Ummu Kalthum.

Sementara masih lagi berpeluang untuk ziarah Maqam, saya berharap sahabat-sahabat sekalian dapat menziarahi Maqam-Maqam di sekitar Kaherah atau di muhafazah. Bukan mudah untuk kita berkumpul bersama-sama bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama muslim dan muslimah. Lebih-lebih lagi di sebelah akhawat.

Tepat jam 4.30 petang, rombongan kami telah bertolak dari Maqam Syeikh Asyraf Al-Husaini untuk pulang ke destinasi asal kami. Kami sentiasa husnuzon dengan segala apa yang telah kami lihat. Dengan takdir Allah, saya telah dapat ziarah Maqam lagi. Saya bersyukur atas segala nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T.

Demikin itu, sama-samalah kita renungi dan mengambil iktibar apa yang telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan zaman sebelumnya dengan zaman serba modern ini. Wallahua'lam..

No comments: