KEPADA WANITA YANG MASIH MEMBERI ALASAN - JANGANLAH GADAIKAN KEBAHAGIAN DIAKIRAT DENGAN ALASAN RIMAS ATAU TIDAK SELESA.MOGA ALLAH BANTU KITA MENJADI SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA,BUKAN SENJATA SYAITAN YANG MENYESATKAN LAGI ANAK ADAM.
Aurat sesama wanita muslimah:
::Dari pusat hingga lutut..
Aurat dengan lelaki ajnabi(samada lelaki muslim atau bukan muslim):
::Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat dengan wanita bukan muslim:
::sama dengan aurat dihadapan lelaki ajnabi.Iniberdasarkan hujah bahawa dibimbangkan wanita non-muslim akan mendedahkan kepada lelaki ajnabi.namun dalam situasi tertentu seperti di asrama sebilik dengan pelajar non-muslim dan jika dia baik moralnya,maka dibolehkan mendedahkan anggota badan yang biasa terdedah
(rambut,leher,tangan hingga kesiku,dan kaki)tatkala melakuakn kerja didalam rumah.
Aurat dihadapan mahram:
::dari pusat hingga lutut menurut mazhab syafi'e
Aurat dalam solat:
::seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..
Aurat wanita dengan kanak-kanak:
::kanak-kanak yang belum mumaiyiz tiada aurat.
::kanak-kanak mumaiyiz yang tiada syahwat aurat islah dari pusat hingga ke lutut.
::kanak-kanak mumaiyiz yang ada syahwat dan ajnabi auratnya islah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan..
Aurat bersama suami:
::tiada aurat
::Solusi::
Semoga mereka yang sudah terjerumus ke dalam kubangan haram segera kembali ke jalan yang benar. Meninggalkan segala bentuk keharaman dan mencari yang halal. Dan semoga Allah meneguhkan keimanan umat ini dari berbagai fitnah zaman yang menghawatirkan. Ya Allah, Tunjuki kami kepada kebenaran dan berilah kekuatan untuk mengikutinya. Dan palingkan kami dari kebatilan dan anugerahkan kami kekuatan untuk menjauhinya. Amin Ya Mujiibbas Sailiin!!!
No comments:
Post a Comment