Monday, October 28, 2013
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah sudah genap lima bulan saya mengandung. Bermacam-macam ragam sejak mula mengetahui saya mengandung. Saya dan suami gembira apabila dapat berita tentang kehamilan saya ini. Pada mulanya saya hanya mengagak sahaja. Sebab saya tidak rasa apa-apa. Mual pun tidak,loya pun tidak. Cuma terasa perut mula tegang dan sakit sedikit. Ketika itu pula bulan ramadhan hampir tiba. Saya masih seperti biasa dan tidak ada rasa kelainan yang menunjukkan saya mengandung. Saya bertanya pada suami saya,"entah-entah ada isi kot dalam perut ni," suami saya kata,"erm..kita pergi hospital dulu. Nanti baru tau betul ke tidak". Saya mengiyakan katanya.
Bulan ramadhan sudah tiba dan kami mula berpuasa seperti biasa. Saya dapat berpuasa dua hari sebab badan tak berapa sihat,muntah-muntah dan pening-pening. Beberapa hari seterusnya barulah saya dan suami pergi ke hospital daerah Jitra. Jarak perjalanan tidaklah berapa jauh dengan menaiki motosikal. Kami belum mampu lagi nak beli kereta. Maklumlah saya masih belajar. Suami pula mengajar di sekolah agama kafa. Saya sentiasa menggagahkan diri untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Saya telah mendaftarkan diri untuk menghadapi pembelajaran saya di Kuin. Namun hasrat saya untuk meneruskan pembelajaran sem ini tertangguh kerana keadaan diri saya tidak mengizinkan untuk ke kuliah. Setiap hari saya berfikir bagaimana saya hendak ke kuliah sedangkan keadaan saya tidak selesa dengan keadaan sekeliling.
Selepas mendapatkan kepastian dari doktor bahawa saya mengandung, kami terus balik ke rumah dan rehat. Bulan ramadhan membuat saya mencabar diri sendiri. Saya tempuhi juga. Suami saya sentiasa mendapatkan apa yang saya hajati. Mungkin kadang-kadang membuat mood dia berubah jika ada yang tidak dapat dihajati saya tetap sabar. Dia juga sabar dengan kerenah saya. Hee..biasalah apabila melayan kerenah isteri yang sedang hamil banyak karenah dan dugaan. Dialah seorang suami yang penyabar dan penyayang walaupun orang lain melihat wajahnya agak garang. Saya sayang suami saya sepenuh hati saya. Begitu juga suami saya yang sangat menyayangi saya dan mengambil berat tentang diri saya. Biarpun kadang-kadang saya buat dia marah dengan saya.
Selang beberap hari saya dan suami pergi ke klinik desa yang berdekatan dengan rumah kami di Kg.Tradisi Paya Pahlawan, Jitra. Kami ke sana kerana hendak membuat buku merah yang sekarang sering digunakan oleh ibu-ibu mengandung. Saya sangat teruja untuk membuat buku merah dan melihat anak yang berada dalam kandungan. Setiap bulan saya akan diperiksa dan akan disoal dengan bermacam-macam soalan. Pada peringkat awal saya tidak dapat melihat dengan jelas anak saya walaupun ketika itu kandungan saya telah masuk dua bulan. Tetapi saya tidak kisah sebab saya dapat meliht anak saya dengan mata saya sendiri. Saya gembira sekali. Kemudian saya membuat ogtt untuk memeriksa saya ada sakit keturunan atau tidak dan alhamdulillah tidak ada. Saya berasa lega apabila mengetahuinya. Sekarang saya alhamdulillah sihat dengan kandungan yang telah masuk lima bulan. Sentiasa berbicara dengan anak saya agar menjadi anak yang soleh solehah amiiin..
Ada sambungan lagi..nantikan...sekian..