Sunday, January 14, 2018
SHAKLEE WUJUD LEBIH 100 TAHUN YANG LALU!!
Shaklee hanya menggunakan bahan dan ramuan semula jadi, tulen dan mujarab digabungkan dengan penyelidikan saintifik terkini untuk mencipta formulasi produk pemakanan berkhasiat yang luar biasa.
FAKTA 1
Kisah Shaklee bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat. Shaklee percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
FAKTA 2
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C.Shaklee telah mencipta “Vitalized Minerals”, iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Ianya juga merupakan asal usul bagi perkatan VITAMIN yang digunakan di seluruh dunia, di mana perkataan "Vitalized Minerals" itu apabila disingkatkan menjadikan sebutannya sebagai "Vita-min" dan digunakan sehingga ke hari ini. Sehingga kini multivitamin ini masih dipercayai sehingga sekarang dan ianya dikenali sebagai Vita-Lea.
FAKTA 3
Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semula jadi – dengan mencari bahan-bahan semula jadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin. Dr. Forrest Shaklee juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi dan tidak bertoksik di dunia, iaitu pada tahun 1960 yang diberikan nama Basic-H. Saya sangat-sangat sukakan Basic-H ni. Anda kena guna dulu baru tahu apa bezanya dengan produk pencuci yang lain.
FAKTA 4
Tatkala ramai syarikat membelanjakan jutaan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbillion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya. Sebab itu anda tidak akan dapat melihat iklan mengenai produk Shaklee di kaca tv mahupun radio. Sehingga kini, Shaklee telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para pengedarnya. Termasuklah saya sendiri yang telah menjadi pengedar Shaklee sejak Februari 2013. Meriah tau kalau join Shaklee bersama-sama kami. Seronok sangat dapat berkongsi kebaikan dengan semua.
FAKTA 5
Jutaan ringgit juga dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee. Lebih daripada $250 juta dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan setiap tahun. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
FAKTA 6
Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia iaitu di Singapore, Indonesia, Kanada, China, US, Jepun, Mexico, Taiwan dan Malaysia. Dengan barisan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
FAKTA 7
Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.
FAKTA 8
Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Shaklee menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan saya sangat-sangat teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk ini dengan semua orang. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
#whyshaklee
#faktaShaklee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment